Sunday, December 25, 2011

I will

Dear Husband ♥

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaAllah.

.
I will dress up for you. I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, 

InsyaAllah.. I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. I will be the best mother,
InsyaAllah
..
All this - as long as you promise me one thing..

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥

Saturday, December 24, 2011

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

Wish me luck

Assalamualaikum...

People tend to go back home during study week but here I am, doing my revision alone in my room at hostel. my first paper will be on 1st January 2012 4th 9th and the last will be on 10th. thanks GOD, I only got 4 papers this semester, a lot lesser than 8 9  I had before.

Thanks for reading. I've got to go.

Saturday, November 26, 2011

Awal Tahun 1433

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya’, ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.





p/s : nak Allah bagi yang terbaik untuk kita, cuba buat yang terbaik juga untuk Allah. Insya Allah.

Saturday, November 19, 2011

I really have nothing to say when I got a lot of things messing around my head.
But everything seems okay when I have her in my arm *i love you aleesya
 
She now able to roll over on her 4 months 19 days, congrate my baby girl. you did it well and please grow faster and walk so that I will not have cramp shoulder carrying you when you had grown heavier by day. 


Saturday, October 29, 2011

Girlfriends trip

Assalamualaikum...

Let the pictures tell the story :)

in the skydeck bus. being a first timer will turn me  into jakun one
riding a beca. made a right decision by choosing this tough pakcik  to ride oevrweight us safely.
RM15 for 2person. sight-seeing along the road, can't remember the places  we stopped by


riding BECAMAN
think wisely, how much should I spend here..at JJ

and bring us here. feel like vomiting seeing couples did xxxx scene in the cars *plural mean ohhh no. pity Malacca.

exhausted but still, manage to smile. my friends and her bf
Dataran MBMB *Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
recharged by McDonald supper. can't remember, 11.30 or 12.30
her bf convocation day. I'm here as a photog hahaha conratulation am.!
they and me in green 

Tuesday, October 25, 2011

Muammar Gaddafi.

Assalamualaikum.

I saw the news on TV yesterday *maybe, and said, "thanks GOD" with relief and only found out the truth today. I regret for saying those without knowing the 'news' I used to read about Libya and the late Gaddafi were total lie. Again and again, thanks TV* for providing us 'the facts'.

I read this somewhere in facebook :

kpd sesiapa yg x tahu, tujuan sebenar nato menyerang libya bukanlah untuk mengembalikn kestabilan politik disana, tetapi utk membunuh dan menjatuhkn kerajan yg diterajui oleh muammar gadafi. knp? sebab muammar gadafi adalah satu2nya pemimpin islam yg sgt degil (tidak boleh diperalatkn oleh kuasa barat). penyebab utama kenapa barat sgt takut dgn muammar gadafi ialah disebkn "ekonomi negara islam yg bersandarkn emas" yg telh lama diperjuangkn oleh muamar gadafi. beliau telah lama mendesak/mengajak negara2 islam pengeluar minyak utk hanya menerima emas sebagai tukaran. sekirnya negara2 islam bersatu dn menggunakn matawang yg dicadangkn gadafi ini, ekonomi barat akan jatuh dimana DOLAR akan kehilangan nilai. sekaligus menjatuhkn penguasaan org2 barat dlm ekonomi dunia. kalau mmg serangan keatas libya bersandrkn kestabiln politik, kenp somalia tidak diserang? sdgkn somalia adalah antara negara yg paling anarki di dunia ini. simple. sbb target sbnar nato ialah muammar gadafi. the echonomist revolutionaries. he stand tall to fight againts the west corrupted fiat money based economy. but now hes dead. and yet 
another muslims puppet state is born. 

and totally agree with this :

Qaddafi's first order of business was to shut down the American and British military bases in Libya. He also demanded that foreign oil companies in Libya share a bigger portion of revenue with the country. Qaddafi replaced the Gregorian calendar with the Islamic one, and 
forbid the sale of alcohol. At least he had done something good for his country during his life. compared to our leaders??


nodded my head reading this :


 he is a man amongst man. he said he will fight to his death for what he stand for. and he did. he never leave. alfatihah.

but the truth is only God knows, yang berlaku di langit dan di bumi. Al fatihah.

Monday, October 17, 2011

Lifetime Commitment

Highly inspired by reading the experience from my 'senior'. they are all awesome, losing 1 kg per week is too easy for them who really stick to the diet plan but as for me, it'll much better if I can loose 0.5 kg per week. 

Went through all story, I feel like I'm the one without motivation to keep saying I want to loose weight but still aren't able to be like them. Pity me. 

This is the story story 1story 2 and many more available to boost your confidence level to loose weight. I found out everybody kept mentioning about breakfast and yes it is, the start of your day will be the consequences for the rest of the day. 

Then don't ever skip meals, eat less amount but frequent meals about 6 times daily. most of the time, include fruit and vegetables as the sources of fibre, will help our digestion a lot. say hello to fruits and vege, this is my hardest part. i rarely took vegetables especially green vege which is very good. easier said I hate them but now, trying hard to just swallow it. i once replace them with Nestle Yogurt Drink and thanks to them, toilet had been my second room ever :) but it's better to do it naturally.

Don't ever ignore the plain water. it'll be much help for us to increase our metabolic rate and eliminate toxic as well. Don't ever laugh seeing me running to the toilet. it's my passion to drink plain water and I can even drink up to 3 to 4 litre daily hahaha and toilet had been my good buddy again, thanks to them. 

So far, that's the only way I can think of right now and I'm doing it happily, without any restrictions to eat and control my eating behavior. not to forget, I reduce amount of rice to the point I'll never feel full after eating *10 mouthful, but drink up 2 glasses of plain water before that will help much. 

I don't think I wanna go to gym  so I'll just go to jog 3 to 4 times a week. and do a lot of cycling after that *using outdoor gym instrument of course, that's all.

I inspired Kevin Zahari for his awesome and amazing way to help people especially this reasons for not loosing weight. To see the weighing scale to move even a needle will turn me into a happiest or saddest. but since two weeks *I bought the scale since that, the needle kept pointing to 49-48-49 hahahaha to see it turn 45, in my dream.! 
I wish you will be one like him one day love.! and holding my kids like this as well.



But I kept challenge myself and I'm sure I'll be doing it in my way, even it'll take time. as previously, I did loose about 5kg from previous, 53kg in 4 months. Slow progress right.? nevermind, as long as I try. Thanks Kevin, I found my way. Wish me luck everybody. 

I really love this saying, being healthy is a lifetime commitment.
assalamualaikum semua :)

Monday, October 10, 2011

Yassin

It has been an immense comfort for me to know that when I pray and offer optional acts of worship for my father, they will benefit his soul. Virtually every day since his death, I have recited on his behalf a chapter in the Quran known as Yasin and others as well, realising its importance. 

Yasin carries crucial messages about resurrection and life after death and was described by Prophet Muhammad as the heart of the Quran.

I realised I could not delay his soul’s return to its Creator even if I wanted to do it for my own sake. But one I realise, what I do for my father now far exceeds anything I did for him during his life. Recognising this has not only informed my faith, it has drawn me closer to both of my parents.

it's past a year but I still felt like yesterday talking to my mom and cying like a cry baby once I realized I wasn't going to met him any longer. IMY ayah, and I miss shaking and kiss a man rough hands which I can never feel again. 


"When a man dies, his good deeds come to an end except three: ongoing charity, beneficial knowledge and righteous offspring who will pray for him”. (Sahih Muslim)


Friday, October 7, 2011

Ulang Tahun

Assalamualaikum w.b.t

Sengaja aku buat entry ni sekarang, walaupun sepatutnya ulang tahun yang betul-betul genap setahun 10 October nanti tapi aku takut nanti aku menulis dalam keadaan tak waras sangat. nanti yang baca pun jadi lebih kurang^_^


since 10/10/10 aku macam fobia dengan tarikh lawa camtu sebab tarikh tula arwah ayah kembali ke rahmatullah. even kat sini sepatutnya 11/10/2010 tapi stated dekat sijil kematian arwah, 10/10/10. sekali je aku pernah tengok sijil mati arwah ayah lepas tu aku suruh mak simpan tempat aku takkan jumpa lagi dah. seems like aku tak boleh terima kenyataan kan.? tapi, sebenarnya tidak. aku fully aware dah aku sekarang ni anak yatim tapi aku tetap anak mak dan ayah aku.

tapi since raya hari tu aku wonder pasal something. betul ke orang yang dah meninggal selalu tertunggu-tunggu orang datang melawat dia di kubur.? ampunkan kami ayah -_____- kalau betul, sebab kami belum berkesempatan menziarahi ayah di sana. semoga salam ampun dan maaf yang kami kirimkan dan kunjungan pak cik yusuf ke sana mengurangkan penantian ayah. 


ya Allah jadikanlah aku anak yang solehah supaya aku boleh meminta keampunan bagi kedua orang tuaku dan memberi syurga kepada kedua ibubapaku.


 




Sunday, October 2, 2011

Good day

everyday is a good day since everything turn out the way it should be.

Saturday, September 24, 2011

Trust and loyalty, everything and nothing

KESETIAAN seorang isteri diuji apabila si suami itu tidak mempunyai APAPUN, dan KESETIAAN seorang suami pula diuji ketika dirinya memiliki SEGALANYA wallahualam

It's okay for you not to have everything we need now and later, bcoz we'll work for it. even better, together insya allah :)

Tuesday, September 20, 2011

Duet Tomok & One Night Only(ONO)

he's getting chubbier kan haha :D
Sejak bergelar suami, rezeki Tomok cukup murah. Selepas dilaporkan bakal berlakon dalam filem arahan Bernard Chauly ('Pisau Cukur') berjudul 'Istanbul Aku Datang' bersama Lisa Surihani, Tomok kini diberi peluang mengembangkan kerjaya nyanyiannya ke peringkat antarabangsa.

Melalui kempen Buka Semangat, satu initisiatif di antara TV3 dan Coca Cola, pemenang musim ketiga One In A Million ini akan berduet dengan band indie Inggeris, One Night Only (ONO). Malah mereka akan tampil dengan sebuah klip video.

"Saya sangat teruja dengan peluang yang diberi sebab saya tak pernah terbayang saya akan berduet dengan artis antarabangsa," luah Tomok yang terikat kontrak selama enam bulan bermula 1 September untuk kempen ini.

"Saya melangkah ke satu tahap lagi dalam karier saya. Saya akan bekerja lebih keras dan memberi 100% dari segi nyanyian. Saya tidak akan menghampakan peminat dan rakyat Malaysia.

"Saya berharap kisah saya akan menjadikan anak-anak muda lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran, supaya lebih maju di masa depan dalam apa jua bidang.  Saya akan menjadi inspirasi buat semua," janjinya semalam selepas sidang media Semangat Inspirasi.


Majlis tersebut turut dihadiri Rommel Fuentebella, ketua integrasi pemasaran komunikasi dan pengaktifan, Coca Cola Far East Limited, Malaysia/Singapura/Brunei dan Lam Swee Kim, ketua pengurus besar integrasi pemasaran Media Prima Berhad.

Menyentuh tentang keserasian di antara dirinya dan ONO, kata Tomok, "Jika dilihat dari genre muzik, koloborasi kami 100% sesuai, tiada masalah."

"Tak sabar sebenarnya nak bekerjasama dengan mereka, berkongsi pengalaman dan idea. Saya percaya koloborasi ini akan menjadikan saya lebih kreatif," tambahnya yang akan berangkat ke England pada 19 Oktober depan selepas menjalani penggambaran 'Istanbul Aku Datang' di ibu negara Turki.

Mengikut perancangan, Tomok akan merakam versi Bahasa Malaysia lagu "Can You Feel It Tonight" pada minggu depan. Ia dijangka mula diputarkan awal bulan depan. Versi Inggerinya sudah pun kedengaran di corong-corong radio.

Tomok juga akan menjalani penggambaran klip video untuk lagu nukilan Shah Shamshiri itu di Kuala Lumpur (KL). Di England nanti, kerja rakaman dan syuting klip video disambung, kali ini merakamkan nyanyian Tomok bersama ONO.

Selama empat harinya di sana, Tomok dijadualkan membuat lintas langsung ke program 'Quickie' di 8TV dan mengadakan satu sesi 'live chat'.


Kemuncak kempen merupakan konsert besar-besaran yang bakal diadakan pada Disember ini, di empat lokasi secara serentak iaitu KL, Pulau Pinang, Sabah dan Johor. Konsert di KL akan menampilkan Tomok bersama ONO.

Untuk maklumat lanjut, layari www.coke.com.my dan tonton.com.my/semangatinspirasi.

Thursday, September 15, 2011

Selera Cik Siti

Assalamualaikum.

Ini first time aku dapat green light mem besar a.k.a mak aku berbuka dekat luar dengan member sekolah rendah. aku bukan main nak tanya ke tak nak, nak bagi alasan apa entah karang mak tak kasi. sekali tanya mak terus jawab, pergilah. bila lagi. horrayyyy. 

aku siap explain lagi, mak tak payah risau kami dah booking siap masjid nak solat maghrib dan terawikh terus. lepas tu, kalau mak tak kesah, boleh tak lepas terawih nak makan colek pulak. hahaha kan budak-budak memang, dah bagi betis nak paha. sekali lagi mak kata, okay. jangan lambat sangat balik. bawak kunci terus. 


makkkk.....ala, kenapa nampak sangat mak dah tak sayang anak mak ni. ke sebab aku memang dah tak patut di risaukan. yela, aku dah 21 tahun and aku memang takde rekod tak bersih keluar date ke keluar tah pergi mane ke sebelum ni. sebab tula aku dapat 100% kepercayaan mak. kan kan best jadi anak kesayangan yang baik ni. tak macam adik laki aku tuu, siap pergi sekolah pun aku dengan mak ikut dari belakang takut tak sampai sekolah pergi tempat lain haha aku la tu ajak mak buat kerja gila tu. 

chicken chop and 3-layer-tea aku punya. chicken chop same je macam cik siti punya kedai lame, adds on garlic bread je *beza singget. so far not bad. licin jugak aku makan except for fries, tak suka sangat.
Sirlion steak. okay, better. I prefer this next time.
this is seriously killer here. jumbo orange juice for rm6.00. worth buying sebab best tapi  2jam tak habis kalau sorang minum. that is my friends punye, share 2 orang. ala ala romantic gitu minum 1glass 2straw.
makan colek ni i think only ada dekat Kelantan where people will go eating colek with telekung and solat attire after terawikh. owh everywhere full house, so we decided go back to Selera Cik Siti which is famous for their colek kerang, colek ayam and colek seafood. i choose not-so-famous, colek buah sebab tak kena tunggu and queue panjang.
we're walking together and noticed, everyone was staring. hello, what's wrong if we have same  passion which is we love  wearing baju kurung cotton bunga kecik-kecik and unfortunately wearing the same colour haha quite embarassed actually but we walked like we planned and happy for that. even so, we looked exactly like pekerja pejabat keluar office pergi curi tulang, malu bebb  :D
Girls are just the same. we love mirror, not the toliet okay haha
paling kecik duduk depan.
then, a week lepas tu aku pergi lagi try menu lain pulak. not bad I think. next time story okay. tata

Wednesday, September 7, 2011

Rare spesies


Today the world’s population is 6,960,467,344… and out of everyone, I pick you dear <3

Monday, September 5, 2011

Awkward

it's real awkward when u'd been call each other 'aku kau' for such a long time but in the end, u had to let go of them and start anew with 'awak saya'

Wednesday, August 31, 2011

Takpe takpe takpe *bIG SMILE

Assalamualaikum semua


Rasa raya tahun aku betul-betul dah jadi macam raya orang lain sebab sempat sembahyang raya full dari takbir sampai sudah * biasa aku dengan mak terkejar-kejar pergi masjid, saf belakang sekali campur dengan budak-budak kecik tunggu mak solat dan pergi buat tahlil dekat kubur arwah moyang aku. 

Bertuah kan aku, semua atok nenek dua-dua belah keluarga masih panjang umur dan sihat sampai sekarang sebab tu aku takde experience nak face kematian family sebelum ni. tapi alih-alih Allah ambil arwah ayah dulu, sihat segar bugar tapi dah kun fayakun Allah. Bertuah sebab terpilih rasa ujian kematian.

Sebelum ada kedua ketiga dan lepas tu mestila kena ada first time dulu. Ramadhan first dan Syawal pun mestilah first time tanpa arwah ayah. Takpe, tahun ni je first, tahun depan bukan dah. Takpe, tahun ni nangis dengar takbir raya, tahun depan tak nangis dah. Takpe, tahun ni tak boleh ziarah pusara ayah, mane tahu tahun depan sampai. 

Takpe takpe takpe, Allah kan ada. Nanti boleh jumpa jugak, insya Allah.


Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 2011 dgn title baru

Ramadhan first tanpa arwah ayah and Ramadhan first dengan title baru, anak yatim.


Alhamdulillah, rezeki lebih tahun ni. ada yang ingat, bila datang rumah hulur sedekah. Rezeki murah tahun ni untuk aku dan adik laki aku. Mungkin aku lebih sikit kot sebab orang ingat anak bongsu hihi



adik aku yg dah macam pakwe aku bile jalan same. 

Monday, August 15, 2011

Aku kata 'tidak' bukan sebab taknak tapi sebab aku takutkan Allah.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan segala keterlanjuran kami, ampunkan segala kekhilafan kami. Kami hamba yang lemah ya Allah. Sesungguhnya kami sering menzalimi diri kami sendiri.

Ya Allah, kuatkanlah iman kami. Peliharalah iman kami. Jangan jadikan kami sentiasa merajai nafsu sendiri ya Allah.


Ampunkan kami kerana kami tak mampu mencintai-Mu sepenuh jiwa kami, ampunkan kami kerana kami tak mampu merindui-Mu setulusnya.


Jika cinta yang kami rasai ini hanya menjauhkan kami dari cintamu jauhkan rasa itu dari akal waras kami.


Ya Allah, selamatkanlah kami. Jangan biarkan kami semakin jauh dengan-Mu. Namun, jika cinta ini akan membawa kepada bertambahnya cinta kami kepada Engkau ya Allah, maka, redhailah niat murni kami.


Sungguh, kami insan yang lemah yang tidak mengerti apa-apa tentang aturan takdir-Mu. Tunjukkan jalan keluar terbaik untuk kami tidak melukakan hati dia,mereka dan diri.


Amin, amin ya rabbal alamin.
cuba berubah jadi baik, semoga Allah hantarkan yg baik jugak diri :)



^_^ Aku kata 'tidak' bukan sebab taknak tapi sebab aku takutkan Allah.

Saturday, August 13, 2011

Special Kid

Assalamualaikum w.b.t


I remember back then, someone once told me this story and I just can't help to laugh. Today thinking about it again make me realize things wasn't that lucky for them to be that way. Regret, my bad. 


Went to various places and met up people made me thought and how they taught me to be who I am now *sort of thinking and keep thinking about experience is the best teacher, still.


Teacher in primary school sure will ask students, what is your ambition or what do you wanna be when you grow up. even on first day at school during the first period*introduction session


Most will give cliche answers, doctor engineer lawyer. Kinda annoying once you asked a small kid he replied using their sign language *special student, hearing impaired and speech disorder, saying he wanna be M.Y.D.I.N. *worker at Mydin Mall, salesgirl whatsoever.

What the.....


Went thru his profile, stated there his parents occupation. *sigh T_T 


No more annoying instead you will end up shedding tears and crying like a cry baby once you know how they are influenced by their role model, their parent that they do not have a better ambition. Never blame them for choosing the job that they think most suit their disability, like their parents did.


Pity them. Show them the right path, as a teacher at least for a brighter future or else they will end up continue their "family business". they can be better, even can be a teacher that will teach one with special need like them.


Palmnote : When my child is asked by their teacher, at that time I hope they will be able to answer "I want to be an audiologist, teacher. Just like my mom did ^_^

Friday, July 29, 2011

Ahlan wasahlan Ramadhan

This picture can tell thousands story and I put this here for us to remember why Allah asks us to fast in a month full of bless, Ramadhan. 

He wants us to feel the same way like this child did so that we will never waste our food and rezeki when there are people all over the world starving even for a drop of clean water when we are blessed with lots of food and drinks, much more than we need. Pity them.

They are suffering yet we are still complaining about the bad taste of food we have with full stomach and will end up forgetting to say Alhamdulillah. Please forgive our ignorant Ya Rabb 
Gambar ini telah memenangi hadiah Pulitzer (diambil di Sudan). Seekor burung pemakan bangkai  menunggu dengan sabar kanak-kanak yang sedang berjuang untuk bertahan hidup untuk dijadikan mangsanya. Orang yang mengambil gambar ini, Kevin Carter telah membunuh diri tidak lama setelah menerima hadiah Pulitzer tersebut (1994).
His words taken from his diary :

"Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us that how fortunate we are and that we must never ever take things for granted. Please don't break.. keep on forwarding to our friends on this good day.. Let's make a prayer for the suffering in anywhere any place around the globe and send this friendly reminder to others; think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily........."


Sometimes I wish things were how they used to be, because those days meant so much to me. First Ramadhan without ayah reciting long du'a for bukak puasa and sahur, there are emptiness here and there T__T

Thursday, July 28, 2011

Libresse, New Passion

Assalamualaikum semua :)

Kejap rasa diri macam Yuna sebab nak feeling boleh ber-tweet sweet gila dengan Qi tapi tak pernah pulak dan tak terfikir pun nak pakai tudung kepala alien camtu.
sempoi la kot tudung lagu ni

Kejap rasa dah macam Adibah Noor pulak masa tengah makan tembikai. ke sebab aku dah kembang lepas cuti 2 bulan jadi macam dia hahaha 
aku selim sikit kot bhaha


Sermua sebab Libresse. Saya terbeli hari tu tapi sekarang rasa nak pergi Mydin borong terus buat stock. I love it.!


Lebar di tengah berbelah di hadapan. best.! sape tak pernah dengar baik pergi buat operation macam M.Ashraf dekat Siam dan apply tukar jantina.

Saturday, July 23, 2011

Pengeboman di Oslo, Norway

This is tears-shedding and humanity issue. 

I got it here http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/07/tribute-to-all-victims-in-oslo.html


Norway was today coming to terms with one of the worst atrocities in recent European history as police revealed that 92 people died in the attacks in the centre of Oslo and on a nearby island summer camp, apparently the work of a lone gunman.
The killings, it now seems clear, were carried out by a 32-year old Norwegian, named by local media as Anders Behring Breivik, who had expressed far-right views, and had dressed as a policeman to carry out his bomb attack on government buildings in central Oslo before heading to the island of Utøya, where he shot at least 85 people.
Survivors of the island attack, which took place barely two hours after a huge bomb was detonated close to the offices of Norway's prime minister, Jens Stoltenberg, described how the gunman moved across the small, wooded Utøya holiday island on Friday firing at random as young people scattered in fear.
Teenagers at the lakeside camp organised by Stoltenberg's ruling Labour party fled screaming in panic, many leaping into the water or climbing trees to save themselves, when the attacker began spraying them with gunfire.
"A paradise island has been transformed into a hell," Stoltenberg told a news conference on Saturday morning.
He said he did not want to speculate on the motives of the attacks, but added: "Compared to other countries I wouldn't say we have a big problem with rightwing extremists in Norway. But we have had some groups, we have followed them before, and our police is aware that there are some rightwing groups."
Police spokesman Roger Andresen said of Behring Breivik, who was arrested by anti-terrorism officers at the scene of the shooting: "He is clear on the point that he wants to explain himself."
Andersen said the suspect also posted on websites with Christian fundamentalist tendencies. He did not describe the websites in any more details.
Norway's national police chief, Sveinung Sponheim, told the national broadcaster NRK that the suspected gunman's internet postings "suggest he has some political traits directed towards the right, and anti-Muslim views, but whether that was a motivation for the actual act remains to be seen".
A police official said the suspect appears to have acted alone in both attacks, and that "it seems like this is not linked to any international terrorist organisations at all." The official spoke on condition of anonymity because that information had not been officially released by Norway's police.
"It seems it's not Islamic-terror related," the official said. "This seems like a madman's work."
The attacks are the worst in Europe since the 2004 Madrid train bombings when 191 people were killed.
Police initially said about 10 people were killed at the camp on the island of Utøya, but some survivors said they thought the toll was much higher. Police director Øystein Mæland told reporters early on Saturday they had discovered many more victims.
"It's taken time to search the area. What we know now is that we can say that there are at least 80 killed at Utøya," Mæland said. "It goes without saying that this gives dimensions to this incident that are exceptional."
Mæland said the death toll could rise even more. He said others were severely injured, but police did not know how many were hurt.
Witnesses and survivors of the island attack described scenes of horror and panic.
"I just saw people jumping into the water, about 50 people swimming towards the shore. People were crying, shaking, they were terrified," said Anita Lien, 42, who lives by Tyrifjord lake, a few hundred metres from Utøya. "They were so young, between 14 and 19 years old."
Survivor Jorgen Benone said: "It was total chaos … I think several lost their lives as they tried to get over to the mainland.
"I saw people being shot. I tried to sit as quietly as possible. I was hiding behind some stones. I saw him once, just 20, 30 metres away from me. I thought, 'I'm terrified for my life,' I thought of all the people I love.
"I saw some boats but I wasn't sure if I could trust them. I didn't know who I could trust any more."
Another survivor, a 16-year-old called Hana, told Norway's Aftenposten: "We had all gathered in the main house to talk about what had happened in Oslo. Suddenly we heard shots. First we thought it was nonsense. Then everyone started running.
"I saw a policeman stand there with earplugs. He said, 'I'd like to gather everyone.' Then he ran in and started shooting at people. We ran down towards the beach and began to swim."
Hana said the gunman fired at people in the water.
Police seized the gunman, named by local media as Anders Behring Breivik, and later found undetonated explosives on the island, a pine-clad strip of land about 500 metres long.
Breivik's Facebook page appeared to have been blocked by late evening.
Earlier, it had listed interests including bodybuilding, conservative politics and freemasonry.
Norwegian media said he had set up a Twitter account a few days ago and posted a single message on 17 July saying: "One person with a belief is equal to the force of 100,000 who have only interests."
About 10 police officers were outside the address registered to his name in a four-storey red brick building in the west of Oslo.
The Norwegian daily Verdens Gang quoted a friend as saying he became a rightwing extremist in his late 20s. It said he expressed strong nationalistic views in online debates and had been a strong opponent of the idea that people of different cultural backgrounds can live alongside each other.