Tuesday, January 10, 2012

Ost Cinta Fitri Cinta Kita Teuku Wisnu


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
http://akhza.com/liriklagu
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Baca artikel di facebook, Cinta Kerana Allah end up download lagu ni sambil lap air mata ;(((

Monday, January 9, 2012

Hari Sedih

Assalamualaaikum.

Hari ni saya sedih. sebabnya banyak. 

#kelam kabut masa jawab exam tadi,3 jam macam 30 minit je. :(

#dengar ceramah Ust.Don pasal mandikan jenazah ibu bapa sendiri :(

tapi takpe, saya tahu semua tu dugaan untuk hari ni, tanda Allah sayang dan ingat saya. mana tahu esok Allah nak bagi pelangi selepas hujan :)

Thursday, January 5, 2012

Resepi Spaghetti Special

Assalamualaikum...

Sape-sape follow twitter aku memang sedia maklum aku sedang demam spagetti. hari-hari makan pun takpe. before aku pernah kena demam macam ni jugak, tapi demam macaroni bakar. seminggu tu sampai 3 4 kali aku buat. sekali hantar rumah kakak 2 3 kali lagi aku dengan adik bujang aku la berebut hewhewhew macam lazat je bunyi tapi pernah jugak terbiar je tak habis. pandang pun tak lalu sebab konon nak modify resepi dah boring macam biasa. sekali hewhewhew, aku sendiri tak tertelan.

Okay ni resepi aku copy paste dari My Resipi. tapi banyak jugak aku modify sendiri sebab kat rumah ni tak ramai orang and tak cukup bahan.


Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang *sekali sekala aku letak ayam
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


Cara-cara


  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  • Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  • Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  • Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  • Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  • NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  • Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  • Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
Selamat mencuba yep. plan nak buat lepas exam untuk bff and seseorang :) insya-Allah 

Tuesday, January 3, 2012

Diary Si Kecil

Assalamualaikum.

hai semua, saya Nur Aleesya.

Mase ni saya 5 bulan, sekarang saya dah 6 bulan. saya dah tahu meniarap golek-golek pusing-pusing and selalu terjatuh gedebuk atas lantai dari toto. Bunyi gedebuk tu sebab saya ni berisi siket, alaa normal lagi BMI saya nurse cakap mase cucuk hari tu. nanti dah boleh main kejar-kejar, semua orang saya kejar dan masa tu saya dah setahun lebih, and dah kurus.!

tapi sebelum tu saya dah boring asyik baring meniarap je dan sengaja saya nangis sampaila mak ayah bagi saya hadiah. sekarang saya happy sebab saya dah boleh jalan sikit-sikit sekarang sebab mak dan ayah saya dah belikan walker. gigih saya pusing-pusing rumah nenek saya, sampai Suden *kucing ayah saya, pun selalu accident dengan saya. nasib baik saya takde ape-ape, dia je yang mengiau lebih. kan malang tak berbau Abang Suden.

tapi sekarang saya demam. kat rumah pengasuh saya main dengan kakak macam biasa, dah biase ditinggalkan mak ayah bila diaorang kerja. tapi bila balik rumah saya rasa semacam, boring jalan saya makan nasi brokoli. dah makan saya minum Mamex,dah kenyang saya nangis. mana mokja, mana nenek, mana paksu, che, maktok? kenapa rumah mak ayah, kenapa bukan rumah nenek? kenapa pasir mas, bukan bachok?

saya tahu saya demam, tapi saya saya tak nak makan ubat sebab tu mak cucuk ubat dekat b***t*t saya. tak payah mak, saya tahu ubat dia senang je.

mak ayah singgah solat mase pergi kenduri, mokja bawak aleesya pusing satu masjid masa tu :(((


mokja baru balik kelas terus bawak aleesya pusing satu kampung,mase tu sejokkkkk sgt,musim bah. ada itik kat depan quack222


aleesya rindu nenek :((
paksu, che maktok n kawan-kawan share nasi dekat kampung :((((
Jom kita balik kampung weekend ni.???? 

:)))))))

Calon

ayah mesti percayekan kite, kite janji akan jadi orang baik2 baru boleh bagi ayah menantu baik. insya allah.


Renung renungkan,selamat beramal :) just sharing from fb printscreen UAI