Saturday, December 21, 2013

Cara pemakanan bagi set kurus Shaklee

Assalamualaikum semua.


Jalan-jalan hari ni (baca:blogwalking) jumpa banyak tips pengedar-pengedar Shaklee kongsikan untuk kurus. Kantoi pulak hehe saya mengakulah google pasal set kurus ni sebab saya sendiri tengah nak turunkan berat. Tak banyak 3 4 kg pun jadila tapi tula yang payah tu. Lagi-lagi kena masak sedap-sedap nak bagi suami sayang kan, dah sedap tu takkan tengok aje hehe :))) 


Since kahwin hari tu (macam lama sangat 4 bulan tu hee) selera makan saya berganda-ganda naik dan badan pun apa lagi, berkembang pesat seiring dengan selera. Dari berat 45-46kg masa bertunang dan slow-slow je naik 47-48 kg masa kahwin. Lepas kawin ni lagi la. Dah naik pangkat ke initial 5+ ayoyoooo. Malas nk kira dah gain berapa kg, buat frust aje


Okay. So jom kita mulakan amalan diet seimbang kita. Diet = makan dan gaya hidup yang sihat ye. Bukan setakat makan je tapi kena banyak bergerak or paling best effect kurus dapat dengan exercise. Tapi dah kerja ni takde masa pulak nak exercise *alasan* tak macam masa student hari-hari turun jogging. Slow-slow teringat kawan baik dulu-dulu *calorie* ingat balik defisit and intake  untuk kawal selera makan. Bab tu saya serahkan anda kepada yang pakar iaitu Mr Kevin Zahri. Kena study blog dia insya ALLAH boleh faham.    


Ok. Jom try cara ni ye untuk kurus. Semoga kita istiqamah dan berjaya kurus.
  • Bangun pagi - PASTIKAN anda letakkan sebotol air masak di tepi katil. kalau anda malas pujuk rayu paksa suami topapkan bila air dah habis. So boleh mulakan pagi anda dengan 150ml air masak tu dan sangat penting untuk melancarkan sistem organ dalaman.
  • Sambil-sambil tu, marilah kita lakukan sedikit regangan tangan kaki atau lompat sikit cukup dah kot haha dasar pemalas!! camana nk kurus ni??? 
  • kalau saya seawal pagi (5.30) bersilat dah kat dapur prepare breakfast untuk suami tercinta sebab dia masuk kerja pukul 7.00 so 6.30 pagi dah turun. Bakar calorie yessss.!!
  • Pukul 7 - Mulakan hari dengan ESP sesudu or lebih sikit. Shake dengan air Milo, sunquick or susu segar. Sukatan ikut kesukaan nak pekat ke nk kurang ke. Ini akan berikan anda tenaga selama 3jam. Tenaga bukan sebarang tenaga, ini tenaga paras gula dalam darah yang normal ye.(ESP rendah indeks glisemik - pelepasan gula perlahan-lahan dalam darah)
  • Pukul 8 - Makan sarapan yang anda suka contoh nasi lemak ke apa-apa in small portion. Tapi ada tips dia. Contoh : request kat mak cik  tu nasi putih biasa. Dah kurang lemak kat situ kan. Minum lagi 150ml air bersama sebiji Herblax. Herblax ni seminggu 3 kali je dah memadai jika ada ambil Alfalfa. Makan sarapan yang kalorinya bawah 100, tidak bergoreng seperti sekeping sandwich (70kalori). Boleh kenyang ke? Ye kenyang if you ambil ESP!
  • Pukul 9 - Start kerja dan bawak sebotol eco bottle 1 litre ye letak sebelah. Minum 100ml air masak selang sejam and ofcos selang-selang jugak la pergi toilet jawabnya hehe. Takpe, kata nank kurus? Kenala buang toxin dalam badan tu
  • Pukul 11 - Makan sebiji Omega Guard bersama 100ml air masak dan sebungkus kecil biskut oat.
  • Pukul 12 - Alahmak, dah tengah hari ni. Perut mesti lapar kan? Tapi perut anda takkan rasa lapas if you dah ambil ESP, Cinch Shake, Omega Guard. 3 benda ni sangat membantu mengawal selera makan. Selera makan kita dicetuskan otak. Ia dicetuskan apabila paras gula dalam darah lebih rendah dari normal (70). Apabila paras gula dalam darah rendah, perut akan mula menghasilkan lebih gas untuk bersedia menerima makanan (how gastrik happen). Perut kita akan mula berbunyi bunyi. Kan kan kan? 
  • Pada waktu ni, sila sedar diri. I'm on healthy diet. Makan nasi separuh pinggan (200kalori), protein (ayam / ikan / daging sedikit) yang dibakar lagi elok, kuah (jika sup - 5sudu, jika bersantan - 2 sudu), sendukkan lebih sayur utk bagi kenyang. Minum 200ml air masak bersama 3biji Alfalfa dan 3 biji Lecithin. 
  • Pukul 1 - Air masak 100ml
  • Pukul 2 - Air masak 100ml
  • Pukul 3 - Air masak 100ml dan sebungkus biskut / sebiji epal / 2biji pisang
  • Pukul 4 - ESP sesudu dibancuh bersama 150ml air / horlick untuk tenaga sebelum bersenam
  • Pukul 5 - Minum jus 100ml. Aktiviti fizikal selama 1 jam. Bermula dengan sesuatu yang ringan contohnya berjalan kaki slow pace.
  • Pukul 6 - Minum petang yang ringan-ringan. Jangan hari-hari cekodok pulak :)
  • Pukul 7 - Minum air masak 100ml bersama Omega Guard untuk kawal selera makan malam.
  • Pukul 8 - Makan nasi separuh pinggan, 1/4 pinggan sayur, 2sudu protin (daging / ayam / ikan). Minum 200ml air bersama 3biji Alfalfa dan 3biji Lecithin. Atau boleh mengambil Cinch Shake menggantikan makan malam. Kalau minum Cinch menggantikan dinner tak perlu ambil Alfalfa dan Lecithin.
  • Pukul 9 - Minum 100ml air masak
  • Pukul 10 - Dah boleh tidur lena-lena ye. Sambil doa agar dikurangkan selera makan dan dapat rezeki makan makanan yang sihat-sihat je. 



Eh kena doa jugak ke. Ingat nak buat apa-apa kena ada ingat 3 perkara : 1. usaha 2. tawakkal. 3. doa. Nak kurus pun kena dengan izin Allah baru kita akan kurus. Insya ALLAH kurus.!!!


Sesiapa yg berminat untuk try set untuk kurus/mengawal berat badan ni boleh hubungi saya. Pilihan di tangan anda. Ada set bajet(tak sampai rm100) and set optimum full untuk kurus. Harga yang pasti lebih murah dan diskaun istimewa menanti pembaca blog ni. 
Aliza~SID 971689
CALL/SMS/WHATSAPP 0145340945
EMAIL : alizanor197@gmail.com
COD and SELF-COLLECT at KOTA BHARU (KBMALL), KUBANG KERIAN (HUSM) AND BACHOK





No comments:

Post a Comment