Wednesday, October 6, 2010

Yang Sempurnakanku



Tolong beritahu dia,
 aku ada pesanan buatnya...
cinta agung adalah cintaNya...
cinta manusia bakal membuatnya alpa...
jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai ALLAH...
 jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati ALLAH...
 jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
aku terpikat bukan kerana rupanya..
 aku syg bukan kerana hartanya...
aku ikhlas mencintainya kerana dirinya...
aku  tak mahu mnambah dosanya..
aku harapkan pertambahan iman dan cintakan zuhudnya...

Tolong tegur dia, 
bila dia mulai mengagungkan cinta manusia.. 
 bila dia tenggelam dalam angan-anganya..


Tolong sedarkan dia, 
aku milik Yang Maha Esa..
aku masih milik keluarga..
dia punya tanggungjawab besar kpd keluarganya...

Tolong sabarkan dia, 
andai dia marah kerana diriku tidak mendamaikannya..
andai diriku enggan dirapati lagi...
bila jarak menjadi penyebab rindunya...

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu lagi menjadi fitnah besar dan dosa kpdnya...
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
aku tidak mahu buat dia terleka..
 aku mahu dia berjaya dlm impian dan cita-citanya...
atetaplah jadi penyokong dlm kejayaanku..

Tolong sampaikan pada dia, 
aku dambakan cinta suci yang terjaga..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
 hubungan ini terjaga selagi kita menjaga hubungan dengan Yg Maha Kuasa..



Tolong sampaikan pada dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya Allah tempat aku mengadu...

3 comments: