Thursday, October 21, 2010

AYAH

rasa baru semalam ayah pesan,
"bawak balik beg baju kat usm tu. beg ayah kecik, tak muat nak letak barang banyak untuk 4 bulan."
rasa baru pagi tadi dengar ayah bising-bising, 
"anak raja pun dah bangun pukul 10, anak pak lah tak bangun-bangun lagi."
rasa terdengar-dengar lagi bunyi hon kereta ayah kat tepi tingkap bilik ni bila sampai nak ambik aku
rasa baru je aku salam cium tangan ayah bila ayah hantar balik usm

 ya allah semalam semalam dan semalam yang masih baru dan segar dalam ingatan buat aku leka hingga tak tersedar yang kini aku sudah yatim....

tapi semuanya sudah yakin dan pasti bila barang-barang ayah dah selamat sampai rumah dari india. spek baca paper ayah, spek hitam lipat-lipat ayah pakai bila naik motor kereta, jam tangan ayah, duitbelanja ayah, RM +duit india dan barang-barang ayah lain. beg aku masih dalam perjalanan pulang ke Malaysia. ya allah, nasib baik jubah-jubah ayah sudah disedekahkan di sana, kalau tak aku tak mampu nak tengok baju-baju ayah pulang tanpa ayah memakainya.

tanpa sedar, akal waras aku gagal nak bezakan kematian dan pergi seketika sehingga dalam doa dan ratap aku untuk ayah, aku pernah meminta, semoga semua berita yang kami dapat palsu dan kematian ayah adalah satu kesilapan. ya rabb, semuanya sudah sahih bila sijil kematian ayah akan sampai dalam minggu depan. mungkin kami adik-beradik belum bersedia menerima kematian ayah sampailah kami berdiri sendiri di depan pusara ayah. 

ayah, kami kirimkan doa, ingatan, bacaan yasin dan bacaan alquran kami dari jauh supaya dapat temankan ayah di sana. supaya ayah tidak keseorangan di sana. semoga ayah masih dapat lihat kekosongan di hati kami yang ayah tinggalkan telah kami penuhi dengan mencari keredhaan ILAHI kerana itulah yang terbaik, jauh lebih baik daripada kami meratapi pemergian ayah dengan air mata. ayah, semoga ayah tenang di sana.

di masjid ini ayah menghembuskan nafas terakhir.
masjid bangla-wali, nizamuddin, new delhi, india.











8 comments:

  1. kuatkan smgt mu cyg...
    kamu sorg yg tabah..
    ak fhm betapa perit tuk terima dugaan dari-Nya, tp alhamdulillah..
    kamu & skuarga dpt hadapi dgn tabah...
    Allah lebih menyayanginya..
    ak sntiasa ad d sisi jika kmu perlu.. :)
    slalu lah berdoa kepadanya agar arwah tenang d sana..
    Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah
    segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
    dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
    (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

    Doa orang yang hidup dan disedekah atau ditujukan kepada orang yang telah
    meninggal dunia boleh memberi manfaat kepadanya. :)

    ReplyDelete
  2. amin. semoga aku kuat seperti doa2 korang :)

    ReplyDelete
  3. elly, maaf kak dya tak tau. salam takziah. semoga elly tabah menghadapi.

    ReplyDelete
  4. mie~insya allah....dgn izin ALLAH

    kak dya~xpe kak. terima kasih doakan.

    ReplyDelete
  5. ally...tabahkan hati k.. smoga arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete