Wednesday, October 20, 2010

Hilang di mata

mungkin aku sangat bertuah, ada sahabat yang sentiasa di sisi tak kira masa untuk mendoakan aku, menenangkan aku bila aku sedih, menunjukkan aku ke jalan yang betul ketika aku kebuntuan, memimpin aku ke jalan yang benar bila aku hampir tersasar, menyedarkan aku bila aku mula marah dengan takdir ALLAH, mengajar aku erti syukur melihat insan lain yang lebih malang. ya allah, indahnya persahabatan bila diisi gelak ketawa, lebih indah jika ditangisi bersama-sama. terima kasih atas kurniaMU ya Rabb. semoga aku juga berkesempatan menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat aku di saat mereka perlukan aku. terima kasih sahabat. cukup mempunyai seorang sahabat yang mendamaikan hati saat aku keliru. terima kasih TUHAN kerana menghantarkan aku dua orang sahabat. seseungguhnya kami bersahabat keranaMU ya Allah.
tapi bila aku lemah, aku masih harapkan seseorang yang aku sayang tenangkan aku. mungkin dia tak paham, mungkin dia tak nak ambil kisah, mungkin dia sibuk, mungkin dia menyampah, mungkin dia tak sayang aku. segala mungkin yang ganggu perasaan dan hati aku tapi tak mampu menggugat sedikit pun bila aku bertemu Yang Maha Esa. Ya Rabb, andai petunjuk ini ialah kesudahan kepada cerita yang tak pernah bermula ini, redhakan aku dengan ketentuan ini.

ya ALLAH, ampunilah ayah, rahmatilah ayah, sejahterakan ayah dan ampunilah ayah, muliakan kedudukan dan luaskan kediamannya, basuhilah ayah dengan air, salji dan air yang sejuk lagi menyamankan, sucikanlah ayah daripada segala kesilapan seperti mana dibersihkan baju putih daripada kekotoran yang mengenainya,
gantikanlah sebuah rumah yang lebih baik daripada rumah yang dimiliki, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dimiliki. masukkanlah ayah ke dalam syurga dan jauhkan ayah daripada azab kubur, fitnah kubur dan azab api neraka.
gambar ayah dengan mak hari ke 24 sebelum ayah pulang bertemuNYA


5 comments:

  1. terima kasih tuhan, terima kasih sahabat2, zakiah, wany n cik haa....

    ReplyDelete
  2. 6 thn tanpa insan benama 'abah' blum ckup utk ha kuatkan hati yg abah dah x de...
    teringt lagi slalu x dgr abah ckp, lawan ckp abah...ha x setabah elly...
    maaf kalu ha x leh bg nasihat o gapo2..sbb ha sndiri blum kuat tuk igt sume tu...
    macam mana ha nk bg nasihat kalu ha sndiri yg akan nngis nnt?
    sbb ha rindu sgt2 kat arwah... sbb ha x kuat...

    DIA tahu elly kuat, mgkin cara DIA ambik org yg kite syg berbeza sbb DIA tahu thp mana kekuatan kita...kan? sume tuu tlh dtkdirkan, n kalu elly nk tau, ha lg teruk dr elly...

    bnd yg pling ha nysal adalah tndkn ha masa saat2 akhir arwah...smpai bile2 ha akn mysal dgn tndkan ha...

    sokmo ha trpk, kalu aku nk undur masa boleh x? n jwpn nye X! for sure...

    maaf kalu ha x leh bg kekuatan kat elly, maaf kalu ha x leh jd kwn yg bleh tolong elly ms elly sedih n mmrlukan saing, maaf segala2nya andai ha pernah melukakan hati elly...
    sbb ha sendiri belum ckup kuat utk melepaskan dia pergi...belum masanya elly...
    ha nk abah ada tgk ha berjaya dlm pmr, spm...skrg, duk u...tapi...ha nk sgt dia ada utk ha...
    ha harap elly tabah...
    deh...
    la tahzan~ insyaALLAH..semoga abah n ayah elly sentiasa dirahmatiNya n kite berusaha jd anak yg solehah deh..amin

    -/s: ni sbb malah lawat blog elly, sbb t elly wak ha tiok! waaaa

    ReplyDelete