Wednesday, March 16, 2011

Sebelum dan selepas.

Assalamualaikum w.b.t

ade something aku tak berapa kena dengan angin aku jadi minggu lepas. aku stress wooo samapai aku nekad, okey..........! nak tukar nombor phone la. fyi, aku dah pakai nombor phone yang aku pakai sekarang dekat 3 tahun. lama tuuu. sebelum ni aku selalu kena marah dengan akak abang kawan-kawan aku sebab asik asik tukar, sampai semua kena banyak kali tukar list 8pax dorang kih3 ala singget pon berkira. sedekah jariah :)

okay tenang semua. aku batalkan balek keputusan tu sebab korang okay.! *sape yang 8pax nombor aku jela.
aku tawu, ramai kot yang 8pax aku, lebih dari 10 orang kih3 tetawu je. tapi sorry to say sebab dah namenye 8pax, aku boleh buat 8 nombor jela kan. sape-sape yang 8pax aku tapi aku tak 8pax dia, no worries okeh aku akan call jugak korang sebab aku memang jenis prepaid tak pernah abes sampai zero. adat orang membujang. 

okay cerita dia macam ni. ada sorang member lame lame lame gila call aku. last aku jumpa dia ada la dalam setahun ke dua tahun lepas. tu pun ter-jumpa. then sebagai ex-schoolmate yang pernah ala-ala kamceng jugak dulu, kami pun tukar-tukar num fon macam biasa kalau jumpe member lame kan. then thanks God aku tak jumpa dia dah lepas tu. *tawu, aku jahat. bukan niat nak memutuskan silaturrahim ke nak cari gadoh ke ape just aku rasa, aku mungkin not meant to be her friend now. her friend means perempuan okay. jangan risau kawan-kawan. masa first dia call tu aku memang dah doubt nak jawab ke tak mau ni. kang tetiba ada something tak kena then aku kena tolong. even aku text my bff nak tanya pendapat pakar. entah entah dia nak ajak pegi kenduri kawen dia la tu kahkahkah anda genius okay cik bff. aku kagum.

aku bukan suka simpan prasangka ke susah nak tolong orang ke apa tapi aku maybe paranoid. first kami contact lepas tukar num fon tu pun aku betul serba salah dah. imagine, member lame contact setakat nak pinjam duit. aku marah ni haha takdela, kes tetiba tu yg bimbang. text aku pulak tanya aku punya duit ptptn ada lebih tak. then aku yg tak sedap hati terus jawab aku tak ambik ptptn, duit mak kasi je. then dia cakap takpela, dia tengah urgent nak pakai duit tapi tak tawu nak mintak kat sapa lagi dah. aku wonder, kat mana mak ayah family kawan dia semua? yela aku ni bukan kawan rapat dia pun, jumpa pon sekali tu je. mesti dia ada kawan rapat lain kan. kalo bff aku takpe gak. bukan maknenye aku akan tolong bff aku je tapi camtu la lebih kurang. dengan orang yang kita kenal dan caye je kita kan kasi ape-ape or tolong. 

lagipun, mak aku siap marah lagi. tak payah bagi ape-ape. aku ingat nak kasi la rm50 ke rm100 setakat mampu. kot la dia betul tengah kena kejar along kena ugut pancung ke ape, boleh la lepas dengan rm100 aku tu. *macam 100 banyak. mak cakap suruh dia datang amik kat rumah kalo betul nak mintak tolong kita. then dia senyap terus dah lepas tu.

sampai la last week tetiba call aku tak jawab and aku tanya balik kenape call dia cakap nak datang rumah. OMG. kena marah dengan mak lagi. jangan nak bagitaw sape-sape sebarangan rumah kita kat mana. ala mak, kawan lama, bukan tak kenal. dulu betul kawan, sekarang kita tak tahu. okay, mak selalu betul dan protective. lagi-lagi lepas ayah dah takde ni, mak la jadi protector yang paling hebat untuk aku dan adik. hoyeah, mak kuat. mak protect aku dan adik dengan doa mak, time kaseh mak. 

siap tanye aku boleh tak pegi amik dia kat pantai irama sebab dulu rumah aku dekat dengan pantai irama. nasib dah pindah rumah dan jauh la sikit dengan pantai tu dan alasan aku, takde kereta nak keluar. then dia sanggup pulak nak ambik bus nak datang rumah aku sorang-sorang. dahla masa tu dah petang dekat maghrib. wuwuuuu aku takut weyyy maaf aku tak tawu bus num berapa nak sampai rumah aku. 

okay. pengajaran daripada mak. betul kita dapat pahala kalau tolong orang. even terniat nak tolong pun dah dapat pahala. *alhamdulilah. tapi consider jugak apa nanti dia buat kalau kita tolong dia. tiba-tiba nanti kang dia buat benda tak baik dengan duit kita. tak ke kita pun menyumbang ke arah tak baik? paling aku takut aku sampai terfikir, dia nak kawin lari tu yang sampai nak tumpang rumah aku dulu kejap wuwuwuwuuu otak jahat. maaf kawan sekolah lame sy.

untuk awak, dulu kita kawan baik. sekarang pun kita kawan. kita akan tetap kawan sebab sy tawu dosa memutuskan ukhwah dan sy ingat lagi kenangan masa kita sekolah dulu. tapi dulu sy lain. dulu mungkin kita same, same-same remaja. sama-same suke cari hiburan dan nikmat dunia sampai kita lalai leka dengan Allah. tapi Allah still sayang sy sebab tu Allah panggil sy balik dan bila sy dengar, sy tawu sy kena sahut dan dengar cakap Allah. sy doakan awk juga dipanggil Allah. semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. 

kawan-kawan lain, susah kan bila dah besar? kita dah tak macam kat sekolah dulu. semua depend kat parents. sekarang sebab kita tawu kawan-kawan kita dah besar dan ada duit, kita cari kawan kita. dah berapa orang kawan-kawan kita jadi macam tu tapi sampai ke sudah kita tak tawu kenape sebenarnya. tapi kita doakan mereka dimurahkan rezeki, dibebaskan dari belenggu hutang okay? :)

6 comments:

  1. susah jugak macam ni.. pening gak kepala ada kawan cam ni.. nanti kita duk terfikir.. apa masalah dia eyh..

    ReplyDelete
  2. huhu.. seram gak nak bagi2 pinjam duet ni. apepun, u made a rite decision :)

    ReplyDelete
  3. suya~lebih buat kita risau sebenarnya. tah tah kita betol tgh susah. tp takut jugak huhu :)

    atikah~hehe aku delete dah, taknak nanti specific sgt. tp mu dah terlike ni paham la :)

    ReplyDelete
  4. miss fadhi~yup, berhijrah tu tuntutan agama :)

    dii~tula, skang mcm2 boley jadi. paranoid. hehe

    ReplyDelete