Wednesday, September 1, 2010

selamat hari raya











assalamualaikum semua. saya datang nak raya? saya tak kawin lagi, so duit raya tu wajib kasi taw hahaha


Ramadhan  ke 23 dan berapa kali anda ponteng terawih, berapa kali malas bangun sahur, berapa banyak anda makan kurma dan berapa banyak anda makan biskut raya dah.? hahaha aku tengah kempunanan-berputih-mata bila tak jumpa-jumpa semperit yang di idamkan. mana nak dapat yang sedap lagi lazat wehhh ampa taw dak? okay, jujur. aku dah berapa malam keluar malam konon buka puasa kejap je. end up driving in the middle of night dan bila balik confirm penat sakit belakang, tidur terbongkang. nak share kat sini, ada terbaca link member-member berlambak kat fesbuk. kadang sampai tak larat nak tengok tapi layan jugak bila depa dok habaq syok. 
tapi, after di tapis-tapis, aku rasa yang betol-betol kena batang hidung sendiri yang 6 ni je out of 30 yang perempuan tak sempat kasitaw kat laki.



  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.(gila, tak ke consider curang? ahaha aku xbuat)

  • Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


ohhh semua. aku ada good news. hahaha tak cukup baek untuk semua tapi untuk aku, confirm lah. hari ini kan, 1 september 2010 which means someone birthday's. guess who.? tah sape-sape mamat-pakai-spec kat bawah ni. aku memang belum pernah kasitaw dia 6 benda alah kat atas tu hahaha

hutang nyanyi lagu bufday sebab semalam aku keluar, call wish pun tengah kelam kabut bising. tapi okay la kan daripada ada orang tu yang tertidur dekat-dekat kol 12 even 11.45 tu dok mesej lagi. sampai hati sob3
jeles sangat dan aku sepatotnya tak happy sebab mana aci dia lagi muda daripada aku. hahaha beza bulan consider sebaya lah okay. jangan perasan anda tu masih muda. 

jaja wishing you:

--->semoga panjang umur dan murah rezeki.(ceh formal gila)

--->best of luck in whatever u r doing and hoping for. i always pray for u.

--->hati-hati naek bus balek nanti. jangan cari pasal tertidur tak sedar-sedar. ingat awk tu naek bus, bukan naek keta api cam selalu.

--->bawak bersabar baru tenang balek raya tapi test jumaat nanti pon kena ingat. penat je dok pesan sebab org taw, awk mmg akan study betol-betol, tak kena pesan piat telinga segala bagai. org tawu awk baek dan sayangkan masa depan awk. kan kan bucuk?

--->study dulu. pekakkan telinga dengar lagu raya, butakan mata tengok orang laen dok seret beg nak balek kampung. 

--->yang ni awk mmg kena dengar, jangan main mercun kebabooom lagi.! bahaya taw tak.?! haihhh

--->thanks sesangat seminggu dua ni asyik awk je kejut sahur. org penat sampai tak sedar dulu nak kejutkan awk.



lastly, esok aku balek raya dah. nanti dah sebok-sebok kat rumah jangan ada sape-sape rindu noh hahaha aha, ni lupa. thanks kawan-kawan yang sudi komen sama ada positif atau negatif pasal blog ni. aku ingat nak cakap lepas je, blog aku, aku punya suka lah. tapi, pikir punya pikir, RAMADHAN ni hahaha aku take it as challenge okay der.? 

SELAMAT HARI RAYA SEMUA. JANGAN MAIN MERCUN MACAM ORANG DALAM GAMBAR KAT ATAS. AKU RISAU KORANG RAYA ATAS KATIL JE HEHEHE. eh asal tercaps lock? adoii malas dah nk tukar balek, aku nak kuar lagi tepat pukul 12 malam ni pegi MCD.
GCB jom.!








8 comments:

  1. sayangnyer dia kt laki tu..
    hehe..
    kubang kerian tu kt mane ek?
    nak jalan raya nih..

    ReplyDelete
  2. selamat ari rayer gak sayang~~
    haha :P

    ReplyDelete
  3. apik pehe~syg ke? haihhh silap ckp kew ehehe
    k.kerian study je, rmh kt bachok...jemput2 dtg rmh...bwk mak ayah adik badek same :)

    asma~slamat pulang syg~ wit raye tadek?

    ReplyDelete
  4. twoneza~slamat hr raye gak...both.? sape sape.? uhuhu ;P

    adilla~yunk, slamat hr raye gak....wit raye balek usm t ea ehehe ;)

    ReplyDelete