Friday, February 25, 2011

Nawaitu

assalamualaikum w.b.t



serangan malware kat blog aku buat aku segan dan malu dengan seisi blogger-blogger tegar yg selalu nak tawu update pasal aku*perasan macam ramai. oke, baik-baik. aku dah cube weh nak buang segala benda alah tu sebab tuan asal 'saka malware' ni sendiri pun dah buat blog lain. aku kena buat blog baru jugak ke? adoiyyai nak buat jugak tapi sayang dekat blog ni sebab dah banyak aku bebel-cari-pasal kat blog ni. so buat masa ni aku decide, biarlah dulu. bila dah betol-betol sampai seru barulah akan ada namasayajaja.blogspot yang kedua. selagi tu korang proceed anyway jela bila dah bukak link blog aku then kuar warning kaler merah tu dan jangan lupa, bawak-bawak bersabar sekali.

hari ni jumaat. aku kat kelantan ni dah weekend dah. macam weekend biasa aku balik rumah tapi hari ni, aku rasa lain sangat. cerita dia macam ni. aku kena pergi buat hearing screening kat satu sekolah rendah ke menengah tah kat area-area kampung ayah aku jugak. dekat jela dengan rumah. bukan kena pergi, kami (aku dan coursemate lain) yang nak pergi. kira macam tolong-tolong prof.din sebab ni macam projek amal untuk public. takde lagi yang luar biasa kan.? hearing screening pun cerita biasa bagi seorang student audiology  macam aku tapi part yang paling lain-dari-yang-lain nye still ada. macam ni, aku rasa sayu dan rasa bertuah dipilih untuk pergi tadi sebab semua kat situ ala-ala alim jugak dan tak kurang jugak yang educated lengkap dengan segala sifat-sifat mahmudah iaitu humble sangat. 

contoh paling dekat, prof.din sendiri. aku respect sangat dia and wife, dr.norhani sebab sifat generous and humble dorang sebab, setahu aku sekolah agama yang aku pergi tadi tu, dia lah penyumbang terbesar untuk sekolah tu. then kat sana jugaklah aku baru tahu, diaorang semua under satu persatuan nama Ikram Kelantan yang scope job persatuan diaorang ialah berdakwah dan program tadi kira macam diaorang punya monthly gathering. alhamdulilah, aku terpilih melihat suasana yang buat aku terfikir dan berfikir banyak. 

ape yang aku boleh terfikir dan berfikir? macam ni, seorang doktor and ape-ape pekerjaan pon even kerja cleaner, pilot, tukang masak sekalipun, weekdays adalah hari bekerja dan akan ada weekend untuk berehat. even yang tak dapat rehat weekend still akan ada off day at least sehari kan? correct me if I'm wrong sebab aku rasa semua kerja akan ada hari cuti dan takde keja yang kena keja full 7days per week kan? prof din macam yang aku kenal ialah seorang yang sangat-amat-paling busy sebab kelas pun selalu cancel huhu pecah rahsia tapi betul. contoh macam bila nak confirm kelas tiba-tiba cakap ada kat India dan tibe ada kat tempat lain. then kelas cancel horrayyyy huhuuu student nak kelas cancel je, pemalas.

okay. yang aku nak cerita kat sini aku rasa takde ape lagi yang kurang dalam hidup seseorang bila kita ada Allah . aku boleh nampak prof din and his awesome family as complete package and aku sangat teringin nak ada keluarga yang diberkati dirahmati dan ditolongi oleh Allah macam tu. sebab aku yakin, dah banyak orang yang memerlukan yang diaorang tolong dan sebab tu la, Allah tak pernah susahkan mereka dan permudahkan segala kerja buat diaorang. lepas dah siapkan sekolah, sekarang tengah usahakan pulak bina masjid, surau untuk sekolah tu. subhanallah, besar pahala Allah untuk dia dan keluarga kerana berkongsi kesenangan dunia sementara yang Allah pinjamkan dengan hamba Allah lain.

takde alasan sibuk dengan urusan dunia bila kita sedar, Allah hanya hantarkan kita sementara kat dunia ni. kalau kita buat-buat sibuk dengan keduniaan, bayangkan kalau Allah buat-buat sibuk dan lupa tunaikan doa-doa kita? nauzubillah. kalau alasan sibuk macam mana pun weekdays kita, still kita ada weekend untuk beramal. bukan weekend je, kalau ada masa tak kira bila-bila masa terluang pun, ambillah masa untuk buat kebajikan dan tolong orang yang memerlukan. insya allah, aku pun akan begitu. bekerja dan bekerja on weekdays kerana Allah dan bila weekend, ambil masa untuk buat kebajikan kepada orang yang memerlukan dan habiskan masa dengan family. complete.! insya allah, ameen ya rabb.


impian aku, just seorang suami yang soleh. yang boleh mengimamkan solat lima waktu di rumah bersama aku dan anak-anak, yang akan tegur aku dengan lembut bila aku terleka dengan duniawi supaya kembali ke jalan Allah, yang akan jaga makan pakai aku supaya selalu mengikut syariat dan sunnah, bahagia bersama-sama hingga ke syurga, sahabat untuk berkongsi semua rasa, pelengkap kepada semua kekurangan aku, penghibur di masa sedih dan risau aku, penyembuh masa aku sakit dan rasa tak kuat lagi. paling penting, yang akan mendekatkan aku lagi kepada ALLAH. 

ya allah ya rahim, aku yakin dengan janjiMu. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. jadikan aku seorang muslimah yang solehah yang sentiasa patuh dan taat pada suruhanMu dan takut akan azabMu. jadikan aku seorang yang solehah untuk seorang lelaki yang soleh. ameen :) 
*selalu aku kalah dengan lelaki bercermin mata. kenapelaa eh.....


2 comments:

  1. testim2...
    li..."impian saya sama cam awak...sama2 kita doakan"....btw..encik malwere maseh ad

    ReplyDelete
  2. insya allah syg....bila sampai masanya :)

    ReplyDelete