Friday, February 18, 2011

Dear Kesayangan Aku

Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya berbunyi :
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran : ayat 139)



Walau diuji, sekali mahupun berkali-kali, simpan dalam fikiran bahawa itulah takdir yang ditetapkan Allah buat kita. Walau sesusah, sepayah manapun untuk menerima, kena ingat itulah yang terbaik buat diri kita. Allah takkan silap, takkan menzalimi hambaNya. Kitalah yang sering menzalimi diri kita dengan tangan-tangan kita sendiri.


Hakikat perlu diterima, buat kebaikan diri kita dan yang lain. Apa jua bentuk ujian yang menimpa kita, dan sedalam mana kesannya pada diri kita, jangan jadikan ianya sebagai alasan terbantutnya usaha kita untuk maju di masa depan. Sebaliknya, ambillah iktibar, jadikanlah tauladan dari apa yang terjadi, moga ia menjadi penyuntik semangat untuk kita lebih kuat, lebih tabah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat 11)


Semuanya berbalik pada diri kita. Mahu berubah? Mahu mendapatkan yang terbaik? Semuanya harus bermula dengan diri kita sendiri. Azam perlu ditanam, iltizam perlu dipertingkat, do’a perlu dilazimi, istiqamah perlu seiring, dan akhirnya serahkan segalanya pada Dia yang Maha Kuasa. InshaAllah, Dia senantiasa bersama-sama mereka yang sabar, dan tekun dalam pekerjaannya. Bukanlah Allah timpakan kita dengan ujian untuk menghancurkan semangat kita, membuat kita putus asa, tapi semata-mata kerana itulah cara Dia mentarbiyah atau mengajar kita, supaya kita akan lebih tersedia, lebih sempurna untuk maju ke depan. Saat Allah menguji kita, ingatlah itu cara atau bukti Dia kasih akan kita.

dear bff, aku pernah rasa dan alhamdulilah, aku boleh lepas semua dugaan tu. satu je sebab, aku yakin Allah selalu sayang aku sebab aku tak pernah melakukan apa-apa tanpa melupakanNya dan tetap mengutamakanNya sebab aku takut akan azab kelak dan kemudian hari walaupun aku pernah terleka terlalai terlupa kejap. bangun lah sayang, aku ada dan sentiasa ada. aku lari, aku bukan menyampah tapi aku taknak billa cerita yang tak sepatutnya diingat lagi diceritakan balik, ada hati yang menangis, ada hati yang sakit. semuanya akan baik seperti biasa insya allah. jangan pernah lupa merayu, merintih dan meminta kepadaNya. allah suka kita selalu meminta dan allah suka hambanya yg selalu bertaubat dan kembali kepadanya. insya allah.

No comments:

Post a Comment