TIPS : Jerawat & Pemakanan.
Asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan 5 faktor pemakanan untuk merawat jerawat.
5 Faktor pemakanan tersebut adalah:
1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.
2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.
Option Shaklee : Capsul Omega Guard.
3. Vitamin untuk mencegah jerawat
Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E, C dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.
Option Shaklee : Vitamin Bcomplex, Vitamin C, Vitamin E , Caratomax
4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.
Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.
Option Shaklee : Zinc Complex – merawat luka & penyembuhan.
5. Banyakkan minum air kosong.
Air bertindak menyahkan toksid didalam badan. Air sangat penting untuk memastikan kita sentiasa sihat. Pastikan air yang anda ambil bersih/ditapis. Air yang tidak bersih / kotor juga mengundang pelbagai penyakit.
I'm not sure why but this website is loading incredibly slow
ReplyDeletefor me. Is anyone else having this issue or is it a
problem on my end? I'll check back later and see if the problem still
exists.
my web site - celana jeans