Wednesday, October 27, 2010

Sometimes when you feel down, the best thing to do is just sobbing and pray to Allah so that everything's gonna be fine

        Can't let go off this feeling. it did come, sometimes and most of the times.! how can I forget ayah even for a second as i wrote his name together with mine everyday. nor aliza binti abdullah. glad that the name was given by only father I used to have. sobbing for at least 5 times per day, the truth is countless times. even while studying, still shed a tear a while whenever the thought of ayah come across me. This ain't mourning, i'm just being a normal daughter who easily get jealous to see those lucky friends still have a man called AYAH together with them.  I always thought I was so strong but........




           The time just flew right by, i wasn't even have a chance to say goodbye. Ayah left at age of 58-years-old with his well health condition, without no signs. there is nothing weird because it is all said and promised by ALLAH in the first place. ayah had been called home by ALLAH, calmly and peacefully, without having hard times. 

          Thanks ALLAH, for putting me in such circumstances so that i noted how i have been away from You.  Thanks ALLAH for sending me Your love by taking away someone I love. Ayah used to tell us before, there must be a blessing in disguise. is this what you meant ayah.?  can't hold a day, a minute and even a second. it is all fated that already decided  earlier. even ayah's nawaitu to come back after 4 months, nothing can stop ALLAH'S kun fayakun. I believe that from up above, ayah is there watching me and mak, siblings doing well in the right path.






"He created the Heaven and the Earth with truth
and formed you, giving you the best forms.
And He is your final destination"
[At-Tagabun:3] 


till Heaven meet ayah,
ur stubborn daughter








Thursday, October 21, 2010

AYAH

rasa baru semalam ayah pesan,
"bawak balik beg baju kat usm tu. beg ayah kecik, tak muat nak letak barang banyak untuk 4 bulan."
rasa baru pagi tadi dengar ayah bising-bising, 
"anak raja pun dah bangun pukul 10, anak pak lah tak bangun-bangun lagi."
rasa terdengar-dengar lagi bunyi hon kereta ayah kat tepi tingkap bilik ni bila sampai nak ambik aku
rasa baru je aku salam cium tangan ayah bila ayah hantar balik usm

 ya allah semalam semalam dan semalam yang masih baru dan segar dalam ingatan buat aku leka hingga tak tersedar yang kini aku sudah yatim....

tapi semuanya sudah yakin dan pasti bila barang-barang ayah dah selamat sampai rumah dari india. spek baca paper ayah, spek hitam lipat-lipat ayah pakai bila naik motor kereta, jam tangan ayah, duitbelanja ayah, RM +duit india dan barang-barang ayah lain. beg aku masih dalam perjalanan pulang ke Malaysia. ya allah, nasib baik jubah-jubah ayah sudah disedekahkan di sana, kalau tak aku tak mampu nak tengok baju-baju ayah pulang tanpa ayah memakainya.

tanpa sedar, akal waras aku gagal nak bezakan kematian dan pergi seketika sehingga dalam doa dan ratap aku untuk ayah, aku pernah meminta, semoga semua berita yang kami dapat palsu dan kematian ayah adalah satu kesilapan. ya rabb, semuanya sudah sahih bila sijil kematian ayah akan sampai dalam minggu depan. mungkin kami adik-beradik belum bersedia menerima kematian ayah sampailah kami berdiri sendiri di depan pusara ayah. 

ayah, kami kirimkan doa, ingatan, bacaan yasin dan bacaan alquran kami dari jauh supaya dapat temankan ayah di sana. supaya ayah tidak keseorangan di sana. semoga ayah masih dapat lihat kekosongan di hati kami yang ayah tinggalkan telah kami penuhi dengan mencari keredhaan ILAHI kerana itulah yang terbaik, jauh lebih baik daripada kami meratapi pemergian ayah dengan air mata. ayah, semoga ayah tenang di sana.

di masjid ini ayah menghembuskan nafas terakhir.
masjid bangla-wali, nizamuddin, new delhi, india.











Wednesday, October 20, 2010

Hilang di mata

mungkin aku sangat bertuah, ada sahabat yang sentiasa di sisi tak kira masa untuk mendoakan aku, menenangkan aku bila aku sedih, menunjukkan aku ke jalan yang betul ketika aku kebuntuan, memimpin aku ke jalan yang benar bila aku hampir tersasar, menyedarkan aku bila aku mula marah dengan takdir ALLAH, mengajar aku erti syukur melihat insan lain yang lebih malang. ya allah, indahnya persahabatan bila diisi gelak ketawa, lebih indah jika ditangisi bersama-sama. terima kasih atas kurniaMU ya Rabb. semoga aku juga berkesempatan menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat aku di saat mereka perlukan aku. terima kasih sahabat. cukup mempunyai seorang sahabat yang mendamaikan hati saat aku keliru. terima kasih TUHAN kerana menghantarkan aku dua orang sahabat. seseungguhnya kami bersahabat keranaMU ya Allah.
tapi bila aku lemah, aku masih harapkan seseorang yang aku sayang tenangkan aku. mungkin dia tak paham, mungkin dia tak nak ambil kisah, mungkin dia sibuk, mungkin dia menyampah, mungkin dia tak sayang aku. segala mungkin yang ganggu perasaan dan hati aku tapi tak mampu menggugat sedikit pun bila aku bertemu Yang Maha Esa. Ya Rabb, andai petunjuk ini ialah kesudahan kepada cerita yang tak pernah bermula ini, redhakan aku dengan ketentuan ini.

ya ALLAH, ampunilah ayah, rahmatilah ayah, sejahterakan ayah dan ampunilah ayah, muliakan kedudukan dan luaskan kediamannya, basuhilah ayah dengan air, salji dan air yang sejuk lagi menyamankan, sucikanlah ayah daripada segala kesilapan seperti mana dibersihkan baju putih daripada kekotoran yang mengenainya,
gantikanlah sebuah rumah yang lebih baik daripada rumah yang dimiliki, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dimiliki. masukkanlah ayah ke dalam syurga dan jauhkan ayah daripada azab kubur, fitnah kubur dan azab api neraka.
gambar ayah dengan mak hari ke 24 sebelum ayah pulang bertemuNYA


Sunday, October 17, 2010

Selamat Hari Lahir ayah di sana

pesan pada diri, jadi anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. semoga ayah damai dan tenang di sana. semoga mak redha dengan ketentuan ini. semoga aku tidak lagi menyiksa ayah di sana dengan air mata yang tak pernah kering ini.

Apabila kau diuji dengan ujian yang sangat berat kau rasakan,
Itu beerti Allah itu selau menyangimu,
Itu bermakna Allah itu selalu memperhatikanmu,
Itu bermaksud Allah mahu kamu meminta padanya,
Itu tandanya kamu insan yang teristimewa,
Yang dipilihNYA,
Supaya tidak terus hanyut tanpa kasih sayangNYA..
Jadi Janganlah bersedih….
Apabila sudah tiada beerti lagi,
Terkilu dan rasa kecewa menyelubungi,
Allah ada disisi,
Apabila dugaan itu datang dari Allah,
Maka janganlah mencari penyelesaian yang lain,
Allah lah jalanNYA,
Sesungguhnya masih ada yang selalu mengkabulkan permintaanmu,
yang mendengar doamu siang dan malam,
yang memperhatikan titis air mata dan sedan,
Jadi janganlah bersedih…
Merenung lalu bersyukurlah,
Yang lalu biarkan berlalu,
Berharaplah akan redha semata-mata,
Sesungguhnya setelah kesulitan akan ada kemudahan,
Ambillah hikmah dari setiap kejadian,
Jalanilah diri apa adanya,
Esok pasti akan datang dengan sendiri,
Jadi janganlah bersedih….
Kesedihan bukanlah keharusan,
Jangan bersedih anggaplah celaan dan cacian sebagai angin lalu,
Jangan bersedih masih ada banyak nikmat pada diri anda,
Jangan bersedih hinaan tidak semestinya buruk,
Jangan bersedih kerana pilihan Allah adalah Terbaik
jangan bersedih boleh jadi cubaan adalah anugerah,
Jangan bersedih Allah itu tidak pernah membuat aniaya pada umatnya..
Jadi janganlah bersedih..
Hidup memang tak selalunya indah,
Tapi keindahan itu tertakhluk pada kita,
Suka, sedih , gembira dan bahagia milik kita,
Dunia kan cuma sementara,
Akhirat itu yang nyata,
kita masih ada kasih sayangNYA,
Jadi janganlah bersedih….

ya rabbi, tempatkanlah ayah dalam kalangan orang yang syahid.amin.
redhakanlah aku dengan kehilangan ini.





Saturday, October 9, 2010

12.12.12's wedding.?





semua pakat berangan nak kawin tarikh ala ala cun gitu kan? tak serik lagi tengok wedding si a and si b yang tah ke mana-mana even gempak dengan tarikh yang orang lain tak dapat? haihhh kempunan macam tak nak kawin kalau tak dapat tarikh idaman. aku pun teringin kot sampai rasa nak geget geget jari kalau terlepas nanti kang bila lagi dapat peluang. tipu kalau sape tak nak. konon nanti senang kawan-kawan,sedara mara, sepupu sepapat ke sape-sape nak hengat. "haaa, jaja tu dulu kawin si *a*i* 12.12.12. sekarang anak dah 12." makk haihhh sedozen kawwww. 22 aku tak grad pun lagi. nak kena shout "gila ke hape cakap sorang-sorang"  lagi kot time berangan macam aku tengah berangan cakap dengan bintang aritu ahahaha okay, aku suka berangan. 

Wednesday, October 6, 2010

Yang Sempurnakanku



Tolong beritahu dia,
 aku ada pesanan buatnya...
cinta agung adalah cintaNya...
cinta manusia bakal membuatnya alpa...
jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai ALLAH...
 jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati ALLAH...
 jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
aku terpikat bukan kerana rupanya..
 aku syg bukan kerana hartanya...
aku ikhlas mencintainya kerana dirinya...
aku  tak mahu mnambah dosanya..
aku harapkan pertambahan iman dan cintakan zuhudnya...

Tolong tegur dia, 
bila dia mulai mengagungkan cinta manusia.. 
 bila dia tenggelam dalam angan-anganya..


Tolong sedarkan dia, 
aku milik Yang Maha Esa..
aku masih milik keluarga..
dia punya tanggungjawab besar kpd keluarganya...

Tolong sabarkan dia, 
andai dia marah kerana diriku tidak mendamaikannya..
andai diriku enggan dirapati lagi...
bila jarak menjadi penyebab rindunya...

Tolong pesan padanya, 
aku tidak mahu lagi menjadi fitnah besar dan dosa kpdnya...
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
aku tidak mahu buat dia terleka..
 aku mahu dia berjaya dlm impian dan cita-citanya...
atetaplah jadi penyokong dlm kejayaanku..

Tolong sampaikan pada dia, 
aku dambakan cinta suci yang terjaga..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
 hubungan ini terjaga selagi kita menjaga hubungan dengan Yg Maha Kuasa..



Tolong sampaikan pada dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya Allah tempat aku mengadu...