Saturday, August 14, 2010

Ramadhan-5

Assalamualaikum w.b.t

hari ni semua puasa tak? aku puasa penuh lagi. tapi kalau tak penuh pun no problem lah, kan perempuan. haa, abang-abang, pakcik kat luar semua jangan mimpi nak minum air terus lepas beli kat bazar yang menggoda selera tu ye. aku nanti tak sabar nak 'ponteng puasa' and balik dari bazar terus makan murtabak daging tengah-tengah panas lagi. *jangan cuba aksi ini di bazar okay. balik dulu, dok diam-diam takde sapa prasan and cepat-cepat makan lah.!
ni dari blog kawan blogger saya.


hari ke-5 puasa baru la aku sibuk nak cakap pasal puasa. blogger lain dah berapa ramai dah dok buat entry tazkirah tetiap hari sempena Ramadhan ni. huhu thanks for sharing. ada la jugak aku jalan-jalan walaupun bulan puasa ni tak larat sangat nak blogwalking pun, blogjogathon toksah arap la. asyik dok tidur, baca Quran, makan je. semua nya perbuatan yang dilakukan di atas katil hahaha except for makan lah.

sama macam semua orang jugak, aku pun ada azam tiap-tiap kali Ramadhan tiba. kebanyakannya mesti lah sama dengan orang lain jugak tapi kena kasitaw jugak kat sini.

~nak khatam alquran at least sekali. ceh, orang lain siap nak berkali-kali tapi aku sekali pun cukup lah, mana nak dapat pahala tidur sunat lagi, pusing-pusing bazar lagi, kejut mydear bangun sahur lagi, masak nasi and blablabla....

~nak terawikh penuh tanpa gagal walaupun buat sendiri aje kat bilik hoho setakat ni, berkobar-kobar lagi nak pergi solat kat surau Nurani tu. harap-harap bukan separuh jalan.

~nak diet ayam. sebab orang kata boleh cepat kurus kalau tak makan ayam lagipun my-sis-in-law pernah story, tok moh yang dia jumpa lepas bersalin cakap ayam memang banyak menerima suntikan antibody sebab tu la cepat sangat tumbesarannya. yang patot boleh makan lagi berapa bulan dah cukup besar untuk terus dimakan. bad news is for woman lah or girl or female or perempuan so on so forth macam aku ni patut elakkan makan ayam kalau pasang niat nak senang dapat anak kawin nanti. phewww senang kata, untuk kesuburan wanita lah, kerana dirimu begitu berharga. wink**


ini sahaja untuk kali ni. nanti kalau ada rezeki lebih bulan puasa ni, jangan berkira sangat untuk bersedekah. jangan segan-segan juga nak belanja kawan sekali-sekala kat bazar, yelaa bukan selalu, sekali setahun je bulan puasa ni. selamat berpusa, selamat berbuka petang karang dan selamat bersahur sebelum subuh esok. sekali borong wish semua terus. hari ni, aku teringin nak makan ikan bawal lak, semalam dah makan ikan jaket hohoho
owh hepinye saya. kan kan? sebab....



(ini adalah nota kaki. perlu baca dengan kaki yang bersih. hanya yang berkenaan sahaja perlu baca.)
Taknak kita punya friendship end up macam ni when it supposed to end the other way like nothing happened in the previous. i decide not to put the blame on u and its totally on me so frankly speaking, please forgive me for the silence and ignorance before. so easy to say lets start everything anew but i am not the one who should ask u. whenever u feel like befriending again, just call me, anytime. I am here for u.





7 comments:

  1. baik.mulai harini tanak makan ayam juga =)

    ReplyDelete
  2. khatam sekali tapi penuh penghayatan, shalat taraweh sekemampuan namun khusu' dan berkualitas, makan sedikit tapi berkah, beribadah sedikit tapi berkualitas itu yang utama, kalau bisa banyak dan berkualitas jauh lebih baik seperti rasulullah saw itu impian kita semua, salam ramadhan.

    ReplyDelete
  3. akakdhiya~meh kita sesame jadi wanita dan ibu yg sehat sentiasa....huhu ;)

    pengumpulhikmah~penuh diplomasi.terima kasih daun keladi kerana perkongsian ilmiah sebegitu. :)

    ReplyDelete
  4. berkunjung lagi ya..
    ada info ni : ada kontes buat puisi, saya ikut,
    kamu ikut juga ya..

    ReplyDelete
  5. nggak punya bakat berpuitas sedikit pun....
    bahasa pun dapat cukup-cukup makan....(bahasa indon takjadi) hehehe btw, thanks inviting...

    ReplyDelete
  6. salam, kontes ini dari malaysia juga, jadi saya yang susah berbahasa melayunya, salam persaudaraan

    ReplyDelete
  7. insya allah, jika ada kelapangan berkarya sambil melepaskan tekanan, begitu.? :)

    ReplyDelete