Friday, August 27, 2010

Dia Jodohku


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Nota kaki : copy paste. aku rasa ada pun yg 50 50 je, complete 10 kat atas tu macam tade. haha










Saturday, August 21, 2010

Sumber Inspirasi

pernah baca blog yang aku dok adddicted gila ni tak.? lately banyak gila video dia buat keluar kat fesbuk. ramai pakat dok share link, cik bff aku siap tag aku lagi (tiru idea bro zack yang bahasakan orang ikot pangkat contoh nya, cik awek bagi awek dia yang tersayang). notification pun meriah semacam dah buat pengumuman raya. aku malas nak layan video kat fesbuk tu pakai wifi lembap ni so dengan senang hati type lah dia punya url yang ada kat video tu. makk aihhh mana nak taw addicted dok layan sampai petang siap ajak roomate semua pakat dok gelak sakan. masa kusyuk layan jiwang kat blog dia lah aku baca ayat ni, "sekasar mana pun awak, tengok cita korea nangis gak


lupa, assalamualaikum w.b.t. ramadhan ke 11 dan malam ni aku ponteng terawih kat surau, jujur tapi buat 8 rakaat kat bilik je. weh nak raya dah weh, baju raya dua dah siap lagi satu tah siap tah idak. aku ada excuse ni, tak larat sebab tadi kelas sampai buka puasa, direct dari pagi sampai sampai petang sampai muka dr.azmarul yang senyum maintain manja siap dengan eye-contact yang buat aku tersipu-sipu perasan lagi, aku dah nampak ala-ala onde-onde hijau bersalut nyoqq kat dalam gula melaka yang manis-cair-dalam-mulut.




atceli, baru ja sorang mamat a.k.a kawan aku perli aku ka hape-hape tah niat murni di sebalik itu kasi kat aku ayat tu. apa lagi, confirm segenap lapisan masyarakat adik kakak abang pakcik makcik confirm ramai dok layan gelak baca blog dia ni. aku apa lagi, berbesar hati nak follow dia. tiba-tiba, la. dah follow pun. tah bila tah aku pun lupa. kadang-kadang amnesia aku bukan boleh, datang tak berjemput, pergi tak payah syuhhhh syuhhhh pun. 


okay, berbesar hati jugak nak share bagi sesape tak taw lagi kewujudan novel bersiri bermacam genre termasuk seram dan berbagai perisa ditawarkan. meh meh semua layan gelak sampai golek-golek seperti lah juga ayam golek di bazar RAMADHAN. owh cakap pasal ayam ni, saya tak lagi mengamalkan diet ayam sangat macam yang di war-warkan di entry sebelum ni sebab ada jumpa lagi satu blog yang sangat powerful macam powerpuff ala-ala creampuff gitu. aku ni asyik dok sebut makanan je dari tadi hahahah aku memang kuat makan okay. see the leg lah, eh bukan bukan. see the chubby face lah.

ni link si-mamat-jepun-ensem-dah-berpunya 

aku paling suka ayat ni kat dalam 'saya kenal sayang saya'
"buat apa dicerita bahagia yang kita rasa. biar apa mereka kata. peduli orang kata. saya kenal sayang saya" 

sapa kenal aku cepat angkat tangan? okay, dah. cukup-cukup. terharu, takde sapa kenal sebab mana aku ada sayang sayang abang hubby b papa sweetheart segala, ala-ala manja tomeyl mushuk gitu panggil marka-marka ampa semua noh. ingat aku jeles hapa? takdak masa dok jeles dekat ampa lah, aku dok ada dah jodoh aku tuhan kata siap-siap. toksah dok kalot nak p carik lagi ka nak paksa mak pak ampa kat kampong nuh carik. hamboihhh speaking utara tiba-tiba, mana blajaq taktaw. haihh ada lagi. okay, aku still orae klate la walaupun dah angau bebenor ngan si-mamat-jepun-ensem-dah-berpunya tu, konon dapat jadi menantu orang utara hak. dah, berangan, full stop.

ni pulak lagi satu blog adik ke abang tah nak panggil hape(lupa nak stalk umur dia) yang aku dok baca macam novel mengalahkan note-note psychoacoustic sebagai pedoman hahaha bukan lah weh, sebagai inspirasi macam tajuk entry aku lah. malas nak cakap banyak, dia baguih sangat weh, iklaih nak bantu-tolong-kami-bantu-kami yang macam aku ni nak kuruskan badan. senang cite, ampa layan sendiri la noh blog dia. ingat, baca dari chapter 1, jangan lompat-lompat. kang ada miss info penting wakakaka gila kentang, macam study wa cakap lu. (mana tah aku blajaq cakap rupa ni)(eh eh ada lagi slanga utara, besa lah, cek aritu dok changloon setaon)


ni link yang aku dok hingaq cita kat ampa.rajin-rajin or ada cita-cita nak kurus macam aku dan dia,  jgn segan-segan nak follow dan baca cita dia.
 nak kurus by Dzulfikri zulkiflE


inin lagi lama. form 5 kat science pasir puteh.
saya rumah biru pakai spec nerd, anda?








Saturday, August 14, 2010

Ramadhan-5

Assalamualaikum w.b.t

hari ni semua puasa tak? aku puasa penuh lagi. tapi kalau tak penuh pun no problem lah, kan perempuan. haa, abang-abang, pakcik kat luar semua jangan mimpi nak minum air terus lepas beli kat bazar yang menggoda selera tu ye. aku nanti tak sabar nak 'ponteng puasa' and balik dari bazar terus makan murtabak daging tengah-tengah panas lagi. *jangan cuba aksi ini di bazar okay. balik dulu, dok diam-diam takde sapa prasan and cepat-cepat makan lah.!
ni dari blog kawan blogger saya.


hari ke-5 puasa baru la aku sibuk nak cakap pasal puasa. blogger lain dah berapa ramai dah dok buat entry tazkirah tetiap hari sempena Ramadhan ni. huhu thanks for sharing. ada la jugak aku jalan-jalan walaupun bulan puasa ni tak larat sangat nak blogwalking pun, blogjogathon toksah arap la. asyik dok tidur, baca Quran, makan je. semua nya perbuatan yang dilakukan di atas katil hahaha except for makan lah.

sama macam semua orang jugak, aku pun ada azam tiap-tiap kali Ramadhan tiba. kebanyakannya mesti lah sama dengan orang lain jugak tapi kena kasitaw jugak kat sini.

~nak khatam alquran at least sekali. ceh, orang lain siap nak berkali-kali tapi aku sekali pun cukup lah, mana nak dapat pahala tidur sunat lagi, pusing-pusing bazar lagi, kejut mydear bangun sahur lagi, masak nasi and blablabla....

~nak terawikh penuh tanpa gagal walaupun buat sendiri aje kat bilik hoho setakat ni, berkobar-kobar lagi nak pergi solat kat surau Nurani tu. harap-harap bukan separuh jalan.

~nak diet ayam. sebab orang kata boleh cepat kurus kalau tak makan ayam lagipun my-sis-in-law pernah story, tok moh yang dia jumpa lepas bersalin cakap ayam memang banyak menerima suntikan antibody sebab tu la cepat sangat tumbesarannya. yang patot boleh makan lagi berapa bulan dah cukup besar untuk terus dimakan. bad news is for woman lah or girl or female or perempuan so on so forth macam aku ni patut elakkan makan ayam kalau pasang niat nak senang dapat anak kawin nanti. phewww senang kata, untuk kesuburan wanita lah, kerana dirimu begitu berharga. wink**


ini sahaja untuk kali ni. nanti kalau ada rezeki lebih bulan puasa ni, jangan berkira sangat untuk bersedekah. jangan segan-segan juga nak belanja kawan sekali-sekala kat bazar, yelaa bukan selalu, sekali setahun je bulan puasa ni. selamat berpusa, selamat berbuka petang karang dan selamat bersahur sebelum subuh esok. sekali borong wish semua terus. hari ni, aku teringin nak makan ikan bawal lak, semalam dah makan ikan jaket hohoho
owh hepinye saya. kan kan? sebab....



(ini adalah nota kaki. perlu baca dengan kaki yang bersih. hanya yang berkenaan sahaja perlu baca.)
Taknak kita punya friendship end up macam ni when it supposed to end the other way like nothing happened in the previous. i decide not to put the blame on u and its totally on me so frankly speaking, please forgive me for the silence and ignorance before. so easy to say lets start everything anew but i am not the one who should ask u. whenever u feel like befriending again, just call me, anytime. I am here for u.





Friday, August 6, 2010

mari bergembira, lupakan yang lain :)


recently mood sgt baik sebab dapat shopping walaupun penat teramat dengan ala-ala office hour convex ni. imagine, 50 patients yg datang nak check hearing depa dengan kepakaran kami yang hanya seramai 6 orang.? okay, saya tak sanggup mengadap dan menggodek telinga anda semua tanpa rasa jemu dan bosan walaupun semuanya sangat menarik dengan aksesori segala bagai tu hahaha sebab tu la, balik pukul 5 petang terus pengsan tak sedarkan diri. tapi boleh pulak cepat-cepat bangun sebab bila malam boleh jalan-jalan, hooray.!

saya mengaku saya bukan seorang professional dan anda mungkin ragu, risau, bimbang dan segala macam lagi la rasa nak bagi saya check aset kiri kanan anda semua tu. sangat tak professional kan bila saya curi-curi keluar makan (sebab office hour tanpa lunch hour) saya ternampak orang yang saya check tadi siap tertayang sekali depa punya segala bagai kat dalam telinga yang sy nampak tadi .!

haha gelakkan diri sendiri yang tak boleh nak manage emosi dan penat yang tak pernah lagi face before this. huhuhu nanti story lagi. till then, take care all.










p/s:gadoh ngan sorang yang sangat baik dengan saya. tapi baik camtu kan daripada saya akan lebih susahkan dia dan tambah kelirukan dia lagi nanti lain masa? semoga awak bahagia. sekian.








    

Tuesday, August 3, 2010

polka dottt dot dot

happy sebab jumpe shawl polka dott yg comey sesangat n dah beli pun huhu sekian.