Thursday, July 22, 2010

CONVEX 42, HEALTHY CAMPUS PINANG

assalamualaikum w.b.t....

souvenir yg first class punye. kutip kat pantai tengah-tengah panas pukul 12 tgh hari ok, ini fakta.

dah lama rasanya tidak berceloteh di blog (gaya aku ni cakap banyak sangat) aku pendiam, ini fakta, bukan auta dan semua kena caya okay. owh nak share, ada terbaca satu blog masa blogjogathon tadi (jogging malam-malam sihat kah?) menyatakan blogger-blogger biasanya seorang yang pendiam dan lebih suka berbicara melalui penulisan. chewwah, penulisan macam subjek belajar kat sekolah rendah dulu-dulu. banyak fakta-fakta penting yang aku nak share kat sini tapi mungkin berguna untuk sesetengah individu sahaja. tapi kalau tak mendatangkan faedah pun, take it as perkongsian ilmu.

sebelum tu, aku ada good news for myself and aku sangat happy with it. starting semalam and onwards, aku akan tersangat-sangat busy mengalahkan semut-semut dan lebah yang bekerja siang malam sebab kena prepare untuk CONVEX 42 yang akan diadakan di kampus induk USM Pulau Pinang pada 4 Ogos sampai 8 Ogos nanti. nak taw apa itu Convex? bagi kawan-kawan yang bukan USM, sila lah google ye ;) okay, in case takde di google meh aku story sikit kat sini. Convex tu "convocation exhibition" or bagi UTM, my dear panggil PESTA KONVO. Okay semua jangan panik dan bertenang dulu. aku muda lagi, lagi tiga tahun baru konvo ngeh3 wahhh, kalau dah konvo, maknenyaa dah boleh kawin lah sebab trend kat sini konvo dengan status baru.! hahaha ini hasil observation aku kat senior-senior kat sini. mungkin aku patot take after them sebab depa-depa yang kawin dah ni, biasanya grad dengan first class degree youuuu......

okay2, melalut dah. aku join convex ni as peserta lah kot namanya. nanti kat sana aku akan buat pameran kesihatan pakej dengan pemeriksaan kesihatan sekali. yela, kalau bukan kami daripada KAMPUS KESIHATAN ni yang nak pastikan semua warga USM dan semua pengunjung-pengunjung sihat dan bebas daripada masalah pendengaran, siapa lagi? hohoho so, jom lah beramai-ramai mengunjungi booth AUDIOLOGY yang menyediakan pemeriksaan tahap kesihatan pendengaran anda secara percuma.! di samping anda semua takkan menyesal sebab aku dan kawan-kawan dah sediakan souvenir yg wahhhhhh.....gempak gila okay sebab handmade and copyright protected.! (chewwah okay, ikhlas, saja nak publisiti lebih haha)

dari kami untuk anda yang sudi mengunjungi kami.


okay, walaupun aku sendiri rasanya masih belum cukup ilmu untuk buat pemeriksaan pendengaran tapi insya allah, aku dah belajar dan bertanya apa sahaja yang rasanya kurang tahu, kurang yakin dan kekurangan yang ada. secara teorinya, kami mungkin dah menguasai sedikit sebanyak, tapi nak kasi up sikit confident level ni, kena tunggu hands-on dengan our supervisor and advisor nanti lah. can't wait for it.! tapi hope you guys doakan aku dan kawan-kawan tak rosakkan tympanic membrane sape-sape okay nanti, tak silap check up adult dengan play audiometer yang patot guna kat child and apa-apa yang boleh buat kami kena sue dengan sapa-sapa. naib semua instrument yang beribu ada insuran yang cover huhu. dengan mood tersangat nervous sebab kami masih tersangat cetek pengetahuan, lagipun tak masuk year clinical betol-betol lagi tapi promise to give first class service to our clients nanti. so, jangan takot ye audience semua.



video otoscope namanya ni. kalau tanpa the word 'video', only the audiologist boleh view patient punya segala bagai accessory kat dalam telinga tu tapi normally pakai yang video la bagi patient tengok gak contents telinga depa supaya balik boleh shopping cotton buds banyak-banyak. (langgar ethics ni story sal patients kat public, opps tak mention nama kan)


ni dia lagi.



ni pulak untuk check either baby ada masalah hearing tak.even baru lahir pon dah boleh check pakai OAE ni or full name dia Otoacoustic Emission. boleh jugak check masa seseorang tengah tidur. kan senang dengan teknologi sekarang. tak payah kami pakai suara and jerit 'baaa.!!' kuat-kuat untuk check baby ni normal ke tak. kang xpasal-pasal lain pulak jadi.


okay, nak share semua kat sini nanti kena ketuk ketik lama lagi kat laptop ni. lagipon moh la semua mengunjungi booth kami untuk mengetahui lebih lanjut. kat usm pinang okay, jangan datang usm kubang kerian ni pulak, kang aku bawak masok wad teros -_- huhu. aku dah penat dan kena cari rezeki untuk dijamah tengah hari ni sebab weekend sangat malas kuar bilik. maka berlapar lah sekalian aku dan roomate-roomate tersayang. oh ya, baik tunggu pukul 5 karang untuk serbu pasar malam. bubye semua and have a good friday, saturday and sunday as well okay.





3 comments:

  1. kantoi taik telinga byk t, hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam..x)
    waa rajin erk g kutip kul 12tgh ari..
    panas2 pn kasi redah je..x)

    ReplyDelete
  3. fid~xpe, janji tak bocorkan rahsia kat sape2 huhu :P jgn isau k....

    zikrie~tyme tu je free, lgpn nak cpt....kalau dak, xsnggop sunburn mcm udang bakar...huhu :)

    ReplyDelete