Thursday, December 30, 2010

Khilaf


kite taw, kite buat silap dengan awak. kite perasan awak terasa tapi kite takut kalau kite cakap ape-ape lagi nanti awak lagi terasa. kita taw, kita bukan kawan yang baik untuk awak. kita tak boleh jaga awak macam awak jaga kite, tak boleh nasihatkan awak bila awak tanya pendapat kite, tak boleh nangis sama-sama dengan awak. sebab nanti kite jadi over sensitif a.k.a paranoid a.k.a overwhelmed. sebab kite risaukan awak sangat-sangat, kite risau awak end up dengan frust, kite risau nanti awak salahkan diri sendiri. tapi kite nak awak ingat, kite selalu ada kalau awak perlukan kite. 

tangan yang luka,

terima kasih banyak tolong kite selama ni. kita janji takkan selalu nangis lagi sebab kite dah selalu lukakan tangan bile kite nangis. 

mata si pembuli tangan

Wednesday, December 29, 2010

2010 left, welcome 2011

a friend of mine asked me, "hey wassup.? another story after insaf please.?" that the intro.

okay, lets start with asssalamualaikum....

this is the end of 2010 and this will be the last update for this year. whoa kejap je dah habis setahun dan setahun depan aku dah 21 tahun. then the story begin. eh story apa? hehe takde ape. 

nak flashback setakat yang ingat sepanjang 2010. tak banyak berubah dari tahun-tahun sebelum ni. yela, aku still kat USM. makna kata, sepanjang 4 tahun ni banyak yang jadi semua rutin jela. belajar, pergi kelas, ponteng kelas, jumpa kawan-kawan, weekend balik rumah, belajar belajar dan belajar. korang baca pun boring aku yang merasa lagi la ter-amat cuak. sampai ada jiran aku tanya, skang keja kat mana. heh? belajar pun tak habis lagi. dah lama katanya tengok aku belajar. tengok tengok, ada jugak kesian tengok aku pergi belajar jauh-jauh. 

The worst thing happen this year is AYAH left us. he planned the journey earlier, being 4 months in India, Pakistan, Bangladesh and Mekkah as well but GOD decided it forever. ayah won't be around anymore. for me, mak, abang isk, abang amin, kakna, kak uya and adik. also for his grandchildrens, amir asyraf. anis safiyya, amir hakimi and faiz izzudin. we miss you ayah.



That's also the best thing happened in my family where things are getting easier for us from now on when we realize then, we are chosen by ALLAH to be in this tough condition.Tthanks GOD.Alhamdulillah, it is indeed a great reward from Allah SWT that he united us on the basis of kalimah LAILAHAILLALLAH. This trial is just the manifestation of this unity and the biggest quality of Allah, that is the ALLAH IS THE MOST LOVING. AllahuAkbar.








 

Friday, December 24, 2010

Insaf

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenaidosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu pointyang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.



TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:


“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.


Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalamsurah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)


Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.






Saturday, December 11, 2010

2 months

AYAH,

                                  ALFATIHAH. May Allah bless your soul and place you with the righteous. Amin.

                                                                                                          MISSING YOU
                                                                                                       'YOUR DAUGHTER'                                        
                                                                                                                                                                                      

i hate waking up in the middle of night calling 'AYAH' with wet shirt and tears. lend me courage to be strong enough to carry on. alhamdulillah again and again for trials YOU put along our temporary placement in this world. ALLAH ALMIGHTY.









Saturday, December 4, 2010

Just the way you are :)


It have been one year and all I want to say, THANK ALLAH.
again, blessing in disguise never fail to comfort me.


Wednesday, December 1, 2010

let go :( thanks for the memories

first of all.....

it's hard to say, it's harder to bear in mind, it's hardest to let it go. but to i mean it.! 

it's raining outside, i;m shivering inside.



never be everything and always nothing. LOSER,? I am.!

after all...


i found out the best remedy finally. 


hey special thanks to the best tumblr i ever visit, molmolla tumblr

                                        jaja,
GOD is always ONE when we have no one.
                                                                             'ayah'




"people change, dont expect too much" that's what I should be dear


you calm me. it's more than enough to comfort me whenever you are here with me. no more making me cry, u did it. i am smiling again for your inspirational song. thanks for being right here beside me.






Tuesday, November 30, 2010

tunggu setahun tak cukup, perlu 2 tahun atau sampai 3 tahun?


 Bulan dengarkan lantunku

bintang temanilah aku

terangi gelap malamku

aku ingin engkau tahu

ku kan selalu menunggu
hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku
dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa
yang rapuh
terlalu merindumu
Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku .....
dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati itu

kan jadi milikku

Moon and stars above, come crying with me or else wipe away my tears is good enough for comforting me. I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out. but you love me.? sekian untuk part jiwang jiwang.



Assalamualaikum.


eh sape pernah baca blog uncle seekers story pasal Queen Aisyah? OMG, aku baca sampai pening lalat. tapi aku masuk rumah dia tanpa komen ke lakukan apa-apa kerosakan kat shoutbox ke nuffnang ke link exchange ke hape sebab uncle seekers tadek semua tu. see see, memang blog tu ditulis bukan untuk tujuan material or nak tambahkan followers ke populariti ke ape walaupun visitor kurang sikit nak sejuta. OMG, aku bukan nak jump to conclusion terus even lepas dah habes bace and backup him sebab aku sendiri pun kurang paham story mereka dan keluarga mereka hakhakhak lampi kan. sape-sape kawan-kawan aku yang interested nak taw lebih lanjut cari la link nye. aku takot lah nak kasi, kot ape-ape jadi. aku tak kawin lagi woooot wooot. but as for me, aku takde hak nak judge orang. be it uncle seekers himself or Queen Aisyah, haihhhh you guys will find out the solution, sooner or later. 


senang kan aku? yela, tak kena batang hidung sendiri. ala, kalau aku pun, ape-ape problem datang, positive thinking aku selalu menang rather than the other side of me harharhar sebab ape-ape hal aku malas nak kecoh kecoh. kang aku gak yang menderita jiwa raga. yang pandang tahu cakap sabar sabar sabar sabar sampai 10 kali pun memang aku selalu sabar. 


oh lupa nak congratulate my sistah, for her superb pspm result. you are great lah sis. its okay you give him 4.0 first, kate sayang pakwe kan? ;) just make sure next pspm you both achieve it together okay.? 

teringat kat matrix dulu time result, first semester dapat tyme kat matrix. kelam kabut kat lab physics nak tengok result kat notice board. siap buat turn gilir-gilir pegi toilet lagi dengan classmates. then boleh kata hari-hari lalu situ usha-usha result eh dia tu, dia ni dapat berapa eh. ala, lupe tengok si tuuut lah, lupe tengok si teeet lah hakhakhak btw, matrix best except for the moments 'terjatuh' 

anyway aku stilll rindu zaman matrix dulu dulu sebab masih dikira zaman budak-budak hingusan. kan tak masuk u lagi kan kan. ahaha bayangkan kanak-kanak naek beskal same-same nyanyi lagu na na na na, sejakku melihatmu lagu gita gutawa dengan dafi tu. itu normal kalau kanak-kanak, orang besar takkan buat kan. OMG, i did it at the age of 18. kire childhood memory aku lah tu.  
its so me.!


then, dah masuk u sekarang aku realize aku tak macam dulu. dulu galak pandang sana sini konon cari jodoh tapi tak jumpa jumpa pun huhuhu. kan ramai kan jumpe couple kat matrix then masuk u jumpe orang lain harharhar aku terkecuali okay.....bila dah masuk u ni aku rase, cukup cukoplah. even kawan semua atau ramai dah berpunye pun, aku still rase takpela, ni masa dia. kang nanti ada la aku pulak. even aku single tapi aku tetap not available. even aku single aku bukan playgirl. even aku single aku bukan dalam golongan yang sedang mencari. even aku single aku even aku ada stalker or 'peminat' ke secret admirer ke, aku tetap tunggu 'dia' sampai ada orang datang rumah jumpa mak aku cakap, anak perempuan makcik ni cantik. boleh saya masuk meminang? harharhar imaginasi time hujan. 
keep dreaming jaja and get ready to end up crying to death





Friday, November 26, 2010

Workaholic

assalamualaikum and hi hi all. for the purpose of daily update, not for the sake of updating. *sigh*

esok aku start keja. oh oh dont worry, keja aku still tak halang aku online sesuka hati even lagi buat aku bersemangat nak online kerana boring-macam-boleh-bikin-gilak. no doubt, keja aku memang online jela except for thirty second bila ada konon-konon-customer-datang rupanya orang sesat tanyakan jalan, 30 seconds for checking who is parking front door and go to the next door, 30 seconds or more go to the toilet, 30 minutes and more and more having lunch. most of the time, blogwalking, bloghoping, blogreading, blogvisiting, blog-sightseeing and blablabla. never forget checking facebook notifications and get over-excited when hear the buzz from yahoo messenger then feel irritated when no one i am waiting for appear in the list. 

till then, daa friends
















Thursday, November 25, 2010

Mirror

rajin mengetik-ngetik pulak malam ni. kata blog nak buat diary kan. dairy kena la hari-hari di-hupdate. dipeluk dicium sebelum tidur letak bawah bantal busuk tak bagi kantoi dengan mak kalau mak masuk bilik amik bakul baju. owh, aah kan, dah namanya dai-ry stands for dai-daily. haihhh macam mana la aku nak ingat formula Doppler effect exam last paper killer paper hari tu kalau dairy-daily story pun baru nak paham. gelakkan diri sendiri haiyya. FYI, aku dah start semester break. heaven kejap tapi dalam kepala banyak hal nak kena settle. 


November about to leave like October did. be it in Oct or Nov or even Dec next next next year, i am no longer what i was before. again, thanks GOD for trials You put along my journey. 




okay, saket dada lagi dan lagi. tak mau cari gaviscon tengah-tengah malam ni gara-gara pedih ulu hati sebab tahan nak nanges. it's time to be a big girl now and big girls don't cry, isn't.? kata favourite quote, tapi tak pernah nak ikot macam quote cakap. okay, trying. 


it is a good start for this sem break when I first met my buddy. guess who? be it in school days or matriculation days, you never change sayang unless you are prettier. i hate it when my sister didn't recognize you and then realize you are 'shushy' with that voice. haiyya what to do with my appearance, progressing 'osam' everyday onward. any suggestion.? hahaha shy, i miss our old time together. thanks to changlun, kedah for the moments we shared there. never forget 'AWIE' okay sayang or else you will forget me. owh our memoirs remind me of mubin haha weirdo nak hengat dia lagi, aku  prefer amnesia terus. blame kelantan for sending me here then we are no longer can be like we used to. my bad actually, easily forget friends when they are away for some time :( 


hey shy, my friend asked, who are you then we have so many mutual friends. then i checked, OMG its 230. anyway, i did realize most unknown person added me up are your big fan. how 'lucky' I am to share your glamour. fortunate enough i didn't approve them or else we will have 500 mutual friends ahahaha


i am telling you, she's prettiest.!




ohh my bff zack, you will read this later after your final then never get irritated okay dear owh dont forget to remind me, i have good and bad news for you. which one you prefer first? first thing first, IMY. above all that, cepat balik kampung bawak balik hadiah aku :)


aku teringin belikan dslr tu sbb aku appreciate bakat terpendam kwn aku ni, tapi tunggu aku beli CALDINA aku dulu okay haha jawabnya dua-dua kempunan




kenapa tajuknya mirror? sebab kawan kan cermin kepada seseorang. kalau cantik atau baik kawan aku, maknanya aku pun baik dan cantik lah.!












for the rest of my life

assalamualaikum.

aku jatuh cinta ya allah. bukan untuk kali ni je . tah kali ke berapa bila aku dengar lagu ni. lagu-lagu dia yang lain jugak. dekat di hati dengan lirik-lirik berunsur ketuhanan dan maybe lagu ni je yang ada unsur cinta siket hehehe. cinta sepasang suami isteri okay. bukan cinta monyet zaman hingusan pakai baju putih kain biru, bukan cinta playboy dengan playgirl yang dah couple untuk kali ke berapa dengan pasangan kali ni dan bukan jugak cinta dunia yang haram semua jadi halal.


thanks untuk seseorang yang kasi lagu ni dengan pesanan, janji dengan dia aku akan tengok video ni nanti. huhuhu kite janji lah.! kan kan, dah abes tengok pon. thanks sebab bagi kite tengok yang version ni. lagi sweet sampai kite rase nak belajar main tekan tekan benda tu dengan awak nanti nanti eh :)












Sunday, November 14, 2010

Lesson Learnt

"And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion. (Surah At- Talaq 65:2-3)"



Remember the most important is not what we have, instead remembering who give us what we have now. Instead of feeling insufficient of  what we don’t have, praised Allah for every single thing He is giving, used to and will be given to us. His blessing are sufficient enough. 
 When we are blinded, we can never see the beauty of love within ALLAH. Ya Rabb, show us the right path to walk through our entire life after all trials You put along our journey. Guide us and never blinded us after lighten up our love towards You.
lesson learnt : treat people around you as you can never met them again. so that when they are not around, you know, you had give it all out. times as the best cure, just let time heals the hurt and pain felt. 






Sunday, November 7, 2010

tough heart? yes, I am

you will never understand me cause you never put your leg in the same shoes as mine, but it doesn't mean it will never come. its ALLAH's kun, nothing can go against HIS order. ALLAH ALMIGHTY.






Wednesday, October 27, 2010

Sometimes when you feel down, the best thing to do is just sobbing and pray to Allah so that everything's gonna be fine

        Can't let go off this feeling. it did come, sometimes and most of the times.! how can I forget ayah even for a second as i wrote his name together with mine everyday. nor aliza binti abdullah. glad that the name was given by only father I used to have. sobbing for at least 5 times per day, the truth is countless times. even while studying, still shed a tear a while whenever the thought of ayah come across me. This ain't mourning, i'm just being a normal daughter who easily get jealous to see those lucky friends still have a man called AYAH together with them.  I always thought I was so strong but........




           The time just flew right by, i wasn't even have a chance to say goodbye. Ayah left at age of 58-years-old with his well health condition, without no signs. there is nothing weird because it is all said and promised by ALLAH in the first place. ayah had been called home by ALLAH, calmly and peacefully, without having hard times. 

          Thanks ALLAH, for putting me in such circumstances so that i noted how i have been away from You.  Thanks ALLAH for sending me Your love by taking away someone I love. Ayah used to tell us before, there must be a blessing in disguise. is this what you meant ayah.?  can't hold a day, a minute and even a second. it is all fated that already decided  earlier. even ayah's nawaitu to come back after 4 months, nothing can stop ALLAH'S kun fayakun. I believe that from up above, ayah is there watching me and mak, siblings doing well in the right path.






"He created the Heaven and the Earth with truth
and formed you, giving you the best forms.
And He is your final destination"
[At-Tagabun:3] 


till Heaven meet ayah,
ur stubborn daughter








Thursday, October 21, 2010

AYAH

rasa baru semalam ayah pesan,
"bawak balik beg baju kat usm tu. beg ayah kecik, tak muat nak letak barang banyak untuk 4 bulan."
rasa baru pagi tadi dengar ayah bising-bising, 
"anak raja pun dah bangun pukul 10, anak pak lah tak bangun-bangun lagi."
rasa terdengar-dengar lagi bunyi hon kereta ayah kat tepi tingkap bilik ni bila sampai nak ambik aku
rasa baru je aku salam cium tangan ayah bila ayah hantar balik usm

 ya allah semalam semalam dan semalam yang masih baru dan segar dalam ingatan buat aku leka hingga tak tersedar yang kini aku sudah yatim....

tapi semuanya sudah yakin dan pasti bila barang-barang ayah dah selamat sampai rumah dari india. spek baca paper ayah, spek hitam lipat-lipat ayah pakai bila naik motor kereta, jam tangan ayah, duitbelanja ayah, RM +duit india dan barang-barang ayah lain. beg aku masih dalam perjalanan pulang ke Malaysia. ya allah, nasib baik jubah-jubah ayah sudah disedekahkan di sana, kalau tak aku tak mampu nak tengok baju-baju ayah pulang tanpa ayah memakainya.

tanpa sedar, akal waras aku gagal nak bezakan kematian dan pergi seketika sehingga dalam doa dan ratap aku untuk ayah, aku pernah meminta, semoga semua berita yang kami dapat palsu dan kematian ayah adalah satu kesilapan. ya rabb, semuanya sudah sahih bila sijil kematian ayah akan sampai dalam minggu depan. mungkin kami adik-beradik belum bersedia menerima kematian ayah sampailah kami berdiri sendiri di depan pusara ayah. 

ayah, kami kirimkan doa, ingatan, bacaan yasin dan bacaan alquran kami dari jauh supaya dapat temankan ayah di sana. supaya ayah tidak keseorangan di sana. semoga ayah masih dapat lihat kekosongan di hati kami yang ayah tinggalkan telah kami penuhi dengan mencari keredhaan ILAHI kerana itulah yang terbaik, jauh lebih baik daripada kami meratapi pemergian ayah dengan air mata. ayah, semoga ayah tenang di sana.

di masjid ini ayah menghembuskan nafas terakhir.
masjid bangla-wali, nizamuddin, new delhi, india.











Wednesday, October 20, 2010

Hilang di mata

mungkin aku sangat bertuah, ada sahabat yang sentiasa di sisi tak kira masa untuk mendoakan aku, menenangkan aku bila aku sedih, menunjukkan aku ke jalan yang betul ketika aku kebuntuan, memimpin aku ke jalan yang benar bila aku hampir tersasar, menyedarkan aku bila aku mula marah dengan takdir ALLAH, mengajar aku erti syukur melihat insan lain yang lebih malang. ya allah, indahnya persahabatan bila diisi gelak ketawa, lebih indah jika ditangisi bersama-sama. terima kasih atas kurniaMU ya Rabb. semoga aku juga berkesempatan menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat aku di saat mereka perlukan aku. terima kasih sahabat. cukup mempunyai seorang sahabat yang mendamaikan hati saat aku keliru. terima kasih TUHAN kerana menghantarkan aku dua orang sahabat. seseungguhnya kami bersahabat keranaMU ya Allah.
tapi bila aku lemah, aku masih harapkan seseorang yang aku sayang tenangkan aku. mungkin dia tak paham, mungkin dia tak nak ambil kisah, mungkin dia sibuk, mungkin dia menyampah, mungkin dia tak sayang aku. segala mungkin yang ganggu perasaan dan hati aku tapi tak mampu menggugat sedikit pun bila aku bertemu Yang Maha Esa. Ya Rabb, andai petunjuk ini ialah kesudahan kepada cerita yang tak pernah bermula ini, redhakan aku dengan ketentuan ini.

ya ALLAH, ampunilah ayah, rahmatilah ayah, sejahterakan ayah dan ampunilah ayah, muliakan kedudukan dan luaskan kediamannya, basuhilah ayah dengan air, salji dan air yang sejuk lagi menyamankan, sucikanlah ayah daripada segala kesilapan seperti mana dibersihkan baju putih daripada kekotoran yang mengenainya,
gantikanlah sebuah rumah yang lebih baik daripada rumah yang dimiliki, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dimiliki. masukkanlah ayah ke dalam syurga dan jauhkan ayah daripada azab kubur, fitnah kubur dan azab api neraka.
gambar ayah dengan mak hari ke 24 sebelum ayah pulang bertemuNYA


Sunday, October 17, 2010

Selamat Hari Lahir ayah di sana

pesan pada diri, jadi anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. semoga ayah damai dan tenang di sana. semoga mak redha dengan ketentuan ini. semoga aku tidak lagi menyiksa ayah di sana dengan air mata yang tak pernah kering ini.

Apabila kau diuji dengan ujian yang sangat berat kau rasakan,
Itu beerti Allah itu selau menyangimu,
Itu bermakna Allah itu selalu memperhatikanmu,
Itu bermaksud Allah mahu kamu meminta padanya,
Itu tandanya kamu insan yang teristimewa,
Yang dipilihNYA,
Supaya tidak terus hanyut tanpa kasih sayangNYA..
Jadi Janganlah bersedih….
Apabila sudah tiada beerti lagi,
Terkilu dan rasa kecewa menyelubungi,
Allah ada disisi,
Apabila dugaan itu datang dari Allah,
Maka janganlah mencari penyelesaian yang lain,
Allah lah jalanNYA,
Sesungguhnya masih ada yang selalu mengkabulkan permintaanmu,
yang mendengar doamu siang dan malam,
yang memperhatikan titis air mata dan sedan,
Jadi janganlah bersedih…
Merenung lalu bersyukurlah,
Yang lalu biarkan berlalu,
Berharaplah akan redha semata-mata,
Sesungguhnya setelah kesulitan akan ada kemudahan,
Ambillah hikmah dari setiap kejadian,
Jalanilah diri apa adanya,
Esok pasti akan datang dengan sendiri,
Jadi janganlah bersedih….
Kesedihan bukanlah keharusan,
Jangan bersedih anggaplah celaan dan cacian sebagai angin lalu,
Jangan bersedih masih ada banyak nikmat pada diri anda,
Jangan bersedih hinaan tidak semestinya buruk,
Jangan bersedih kerana pilihan Allah adalah Terbaik
jangan bersedih boleh jadi cubaan adalah anugerah,
Jangan bersedih Allah itu tidak pernah membuat aniaya pada umatnya..
Jadi janganlah bersedih..
Hidup memang tak selalunya indah,
Tapi keindahan itu tertakhluk pada kita,
Suka, sedih , gembira dan bahagia milik kita,
Dunia kan cuma sementara,
Akhirat itu yang nyata,
kita masih ada kasih sayangNYA,
Jadi janganlah bersedih….

ya rabbi, tempatkanlah ayah dalam kalangan orang yang syahid.amin.
redhakanlah aku dengan kehilangan ini.