Sunday, December 22, 2013

Herbal Blend : Losyen Ajaib Shaklee


Assalamualaikum semua. 


Mari berkenalan dengan herbal blend daripada Shaklee. saya sendiri berminat nak cuba lepas cari info kat blog and fb yang losyen/krim Herbal Blend (HB) ni sangat bagus. Kebetulan saya memang ada masalah tumit kaki merekah. terjumpa pulak testi yang cakap dengan amalkan HB + ZINC  tumit kaki dah kurang merekah. Saya baru cuba 2 minggu tapi selalu pulak terlupa nak pakai so kira baru lagi lah cuba. nanti saya akan kongsi kat sini effect dia ye :) 





Krim yang best sangat daripada Shaklee ni dingin dan tak berminyak. diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. jangan risaukan kesan sampingan sebab ia adalah 100% organic, steroid-free dan paraben-free dan sangat sesuai untuk orang yang berkulit sensitive. 

Antara kegunaan Herbal Blend ialah :



1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga



2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

3. Ubat luka / lecur

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

5. Menghilangkan parut



6. Ruam pada bayi

7. Losyen harian
-yang ni saya selalu buat sebab kerja dalam aircond dari pagi sampai petang kulit tangan jadi kasar dan kering. So raba-raba handbag pakai dan memang tak melekit dan berminyak lagi la tak.

Kat sini saya kongsikan testimoni daripada pengguna-pengguna yang buat saya berminat nak try HB ni:

Pic credited to http://www.leonora-style.com/
Till then have a nice day.


Sesiapa yg berminat untuk try losyen ajaib boleh hubungi saya. Pilihan di tangan anda. Harga yang pasti lebih murah dan diskaun istimewa menanti pembaca blog ni. 


Aliza~SID 971689
CALL/SMS/WHATSAPP 0145340945
EMAIL : alizanor197@gmail.com
COD and SELF-COLLECT at KOTA BHARU (KBMALL), KUBANG KERIAN (HUSM) AND BACHOK


    Saturday, December 21, 2013

    Cara pemakanan bagi set kurus Shaklee

    Assalamualaikum semua.


    Jalan-jalan hari ni (baca:blogwalking) jumpa banyak tips pengedar-pengedar Shaklee kongsikan untuk kurus. Kantoi pulak hehe saya mengakulah google pasal set kurus ni sebab saya sendiri tengah nak turunkan berat. Tak banyak 3 4 kg pun jadila tapi tula yang payah tu. Lagi-lagi kena masak sedap-sedap nak bagi suami sayang kan, dah sedap tu takkan tengok aje hehe :))) 


    Since kahwin hari tu (macam lama sangat 4 bulan tu hee) selera makan saya berganda-ganda naik dan badan pun apa lagi, berkembang pesat seiring dengan selera. Dari berat 45-46kg masa bertunang dan slow-slow je naik 47-48 kg masa kahwin. Lepas kawin ni lagi la. Dah naik pangkat ke initial 5+ ayoyoooo. Malas nk kira dah gain berapa kg, buat frust aje


    Okay. So jom kita mulakan amalan diet seimbang kita. Diet = makan dan gaya hidup yang sihat ye. Bukan setakat makan je tapi kena banyak bergerak or paling best effect kurus dapat dengan exercise. Tapi dah kerja ni takde masa pulak nak exercise *alasan* tak macam masa student hari-hari turun jogging. Slow-slow teringat kawan baik dulu-dulu *calorie* ingat balik defisit and intake  untuk kawal selera makan. Bab tu saya serahkan anda kepada yang pakar iaitu Mr Kevin Zahri. Kena study blog dia insya ALLAH boleh faham.    


    Ok. Jom try cara ni ye untuk kurus. Semoga kita istiqamah dan berjaya kurus.
    • Bangun pagi - PASTIKAN anda letakkan sebotol air masak di tepi katil. kalau anda malas pujuk rayu paksa suami topapkan bila air dah habis. So boleh mulakan pagi anda dengan 150ml air masak tu dan sangat penting untuk melancarkan sistem organ dalaman.
    • Sambil-sambil tu, marilah kita lakukan sedikit regangan tangan kaki atau lompat sikit cukup dah kot haha dasar pemalas!! camana nk kurus ni??? 
    • kalau saya seawal pagi (5.30) bersilat dah kat dapur prepare breakfast untuk suami tercinta sebab dia masuk kerja pukul 7.00 so 6.30 pagi dah turun. Bakar calorie yessss.!!
    • Pukul 7 - Mulakan hari dengan ESP sesudu or lebih sikit. Shake dengan air Milo, sunquick or susu segar. Sukatan ikut kesukaan nak pekat ke nk kurang ke. Ini akan berikan anda tenaga selama 3jam. Tenaga bukan sebarang tenaga, ini tenaga paras gula dalam darah yang normal ye.(ESP rendah indeks glisemik - pelepasan gula perlahan-lahan dalam darah)
    • Pukul 8 - Makan sarapan yang anda suka contoh nasi lemak ke apa-apa in small portion. Tapi ada tips dia. Contoh : request kat mak cik  tu nasi putih biasa. Dah kurang lemak kat situ kan. Minum lagi 150ml air bersama sebiji Herblax. Herblax ni seminggu 3 kali je dah memadai jika ada ambil Alfalfa. Makan sarapan yang kalorinya bawah 100, tidak bergoreng seperti sekeping sandwich (70kalori). Boleh kenyang ke? Ye kenyang if you ambil ESP!
    • Pukul 9 - Start kerja dan bawak sebotol eco bottle 1 litre ye letak sebelah. Minum 100ml air masak selang sejam and ofcos selang-selang jugak la pergi toilet jawabnya hehe. Takpe, kata nank kurus? Kenala buang toxin dalam badan tu
    • Pukul 11 - Makan sebiji Omega Guard bersama 100ml air masak dan sebungkus kecil biskut oat.
    • Pukul 12 - Alahmak, dah tengah hari ni. Perut mesti lapar kan? Tapi perut anda takkan rasa lapas if you dah ambil ESP, Cinch Shake, Omega Guard. 3 benda ni sangat membantu mengawal selera makan. Selera makan kita dicetuskan otak. Ia dicetuskan apabila paras gula dalam darah lebih rendah dari normal (70). Apabila paras gula dalam darah rendah, perut akan mula menghasilkan lebih gas untuk bersedia menerima makanan (how gastrik happen). Perut kita akan mula berbunyi bunyi. Kan kan kan? 
    • Pada waktu ni, sila sedar diri. I'm on healthy diet. Makan nasi separuh pinggan (200kalori), protein (ayam / ikan / daging sedikit) yang dibakar lagi elok, kuah (jika sup - 5sudu, jika bersantan - 2 sudu), sendukkan lebih sayur utk bagi kenyang. Minum 200ml air masak bersama 3biji Alfalfa dan 3 biji Lecithin. 
    • Pukul 1 - Air masak 100ml
    • Pukul 2 - Air masak 100ml
    • Pukul 3 - Air masak 100ml dan sebungkus biskut / sebiji epal / 2biji pisang
    • Pukul 4 - ESP sesudu dibancuh bersama 150ml air / horlick untuk tenaga sebelum bersenam
    • Pukul 5 - Minum jus 100ml. Aktiviti fizikal selama 1 jam. Bermula dengan sesuatu yang ringan contohnya berjalan kaki slow pace.
    • Pukul 6 - Minum petang yang ringan-ringan. Jangan hari-hari cekodok pulak :)
    • Pukul 7 - Minum air masak 100ml bersama Omega Guard untuk kawal selera makan malam.
    • Pukul 8 - Makan nasi separuh pinggan, 1/4 pinggan sayur, 2sudu protin (daging / ayam / ikan). Minum 200ml air bersama 3biji Alfalfa dan 3biji Lecithin. Atau boleh mengambil Cinch Shake menggantikan makan malam. Kalau minum Cinch menggantikan dinner tak perlu ambil Alfalfa dan Lecithin.
    • Pukul 9 - Minum 100ml air masak
    • Pukul 10 - Dah boleh tidur lena-lena ye. Sambil doa agar dikurangkan selera makan dan dapat rezeki makan makanan yang sihat-sihat je. 



    Eh kena doa jugak ke. Ingat nak buat apa-apa kena ada ingat 3 perkara : 1. usaha 2. tawakkal. 3. doa. Nak kurus pun kena dengan izin Allah baru kita akan kurus. Insya ALLAH kurus.!!!


    Sesiapa yg berminat untuk try set untuk kurus/mengawal berat badan ni boleh hubungi saya. Pilihan di tangan anda. Ada set bajet(tak sampai rm100) and set optimum full untuk kurus. Harga yang pasti lebih murah dan diskaun istimewa menanti pembaca blog ni. 
    Aliza~SID 971689
    CALL/SMS/WHATSAPP 0145340945
    EMAIL : alizanor197@gmail.com
    COD and SELF-COLLECT at KOTA BHARU (KBMALL), KUBANG KERIAN (HUSM) AND BACHOK





    Full set and trial pack SHAKLEE

    Assalamualaikum semua..


    Rasa macam dah jadi doktor tak bertauliah pulak lately sebab sorang-sorang datang cakap masalah dan tanya kena ambik apa. best bila boleh tolong orang untuk sihat dan paling best bila dapat whatsapp dah ada positive effect. Paling terharu bila siap diaorang puji kita informative and helpful. rezeki jugak dapat customer mulut manis memuji-muji tambah semangat saya lagi. 

    Tapi tak kurang jugak yang sekadar bertanya dan pungpang saya jawab nak tolong masalah dia. Last-last cancel order dan barang saya dah ambik pun (janji nak COD). Takpe, my bad sebab tak berjaya yakinkan dia untuk cuba dan beli dengan saya. Alhamdulillah, berkat saya sabar pergi sorang datang balik sorang lagi dan lagi :) 

    Ramai jugak yang tanya -tanya tapi rasa was-was sebab baru nak try and nak kena spent that much amount of money. Risau kalau tak menjadi dan tak istiqamah untuk makan membazir je beli mahal-mahal. Tapi saya selalu pesan, rasa mahal sebab kena sekali keluarkan duit banyak tapi kalau fikir long term, kan jimat. Beli sekali, tahan 3 4 bulan paling lama 6 bulan (Vita C SR). 

    So untuk yang bertanya dan ada masalah kewangan and doubt dengan produk Shaklee ni, saya dah sediakan trial pack untuk each set. ini adalah inisiatif saya sendiri untuk membantu anda-anda di luar sana. Trial pack ni tak available di mana-mana Shaklee  branch taw, hanaya ditawarkan di blog and instagram saya (ig : aliza_aizzat)

    Set A - Optimum Health Set  Vitalea, B complexs, dan  Vitamin C.


    • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, dan pelajar) 
    • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya 
    • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit 
    • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk 
    • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih 
    • Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang 

    Full set berharga RM 188, untuk 4-6 bulan / Trial Set RM 80 untuk 30 hari

    Wednesday, December 11, 2013

    Shaklee Vita C Sustain Release 500mg



    Assalamualaikum semua.

    Hari ni sangat senang hati. Perbualan dengan hubby sebelum gerak ke tempat kerja:

             H: Eh semalam macam nampak jerawat tepi hidung u. 
            W: *raba-raba tepi hidung. EHHHHHHH?
             H: Takde dah?
            W: *SENYUM SIMPUL MELERET. Haah, dah kecut dah la u, tak sangka jerawat sekarang naik sehari je. Tak sempat nak  picit pun tinggal merah-merah je.
             H: Patutla berseri-seri gebu gebass sygku ni.


    Alhamdulillah. Cantik di mata suami adalah terbaik untuk seorang isteri. Pujian suami awal pagi boleh buat senyum meleret sampai tengah hari. Silap-silap perasan sampai sehari pun boleh ni. Rezeki saya dapat suami kaki bodek hehe :)

    Senang je rahsianya. Nak tampil cun gebu menarik berseri di mata suami. 
    Rahsia saya, VITA C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE.

    Jerawat dan hidung selalu je ngam. Kalau dah kena atas hidung tu nak sujud pun ya rabbi sakit dia macam apa dah. Pulak tu tak pernah nak kecik asyik besar berketul je. 4 5 hari jugak lah kalau saya kena. Sekarang? hehe ada lagi jerawat tapi kecik dan senang pulak kecik kecut dan hilang terus. 
    Saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
    • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
    • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
    • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
    • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
    • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
    • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
    • Memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang
    • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
    • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
    • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih – berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
    • Merawat jangkitan saluran kencing
    PANDUAN MENGAMALKAN/KEPERLUAN  VITA C BAGI INDIVIDU MENGIKIUT UMUR     

       1) Bayi
       0 - 6 bulan: 40 * miligram / sehari (mg / hari) 
      7 - 12 bulan: 50 * mg / hari
    2) Kanak-kanak
      1 - 3 tahun: 15 mg / hari
      4 - 8 tahun: 25 mg / hari
      9 - 13 tahun: 45 mg / hari
    3) Dewasa   
      Lelaki : 90 mg / hari    
      Wanita : 75 mg / hari

    Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi dan orang-orang yang merokok perlu lebih tinggi jumlah vitamin C. 

    Perbezaan Vita C Shaklee dengan Vita C di pasaran.
    1. Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam
    1. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan (setiap satu jam) dan berterusan selama 5 jam
    1. Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren
    1. Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita C, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel 
    1. Terdapat vita C daripada SHAKLEE  yang boleh dikunyah dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang susah untuk mengambil pil(Chewable Vita C 100mg).
    Vitamin C Shaklee, dikenali sebagai Sustained Release Vita-C. 


    Apakah?

     Bermaksud proses di mana VITA C diformulasikan khas untuk dilepaskan secara perlahan-lahan  yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah  mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Itulah perbezaan ketara Vita C Shaklee dengan jenama lain. Mungkin jenama lain punya kuantiti sama 500mg tetapi jika badan hanya mampu serap 50gm dalam sejam, maka jika kita buang air kecil selepas sejam baki 450gm itu akan keluar bersama urine

    Tuesday, December 10, 2013

    ALFALFA (ALL-in-one) penawar

    Assalamualaikum semua.


    Jom berkenalan dengan alfalfa. Saya sendiri mula-mula berkenalan dengan alfalfa masa join Shaklee. dan paling saya suka dan jatuh cinta pun alfalfa. Tujuan saya masa ambil alfalfa adalah untuk masalah paling besar saya iaitu keputihan. So, mula-mula ambik makan 2 biji 2 kali sehari. 


    Kesan dia untuk priority saya (*keputihan) saya dapat detect as soon as sebulan lebih. tapi kesan yang lagi cepat (sebulan) dan tanpa saya sendiri sedar, masalah saya yang selalu selesema pagi and bersin dah hilang. Kawan saya sendiri yang perasan dan tegur. Then baru saya cakap, haah kan. :) Bonus for me. Then, perasan jugak digestion system masa tu getting better. Natures call tiap-tiap pagi before class very natural and unforceful. Bonus lagi.


    Alfalfa ni sangat kaya dengan vitamin dan mineral (vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. turut terkandung ialah mineral Kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan zat besi. Alfalfa bermanfaat dan membantu dalam penyarapan protein dalam badan kita dan turut bertindak sebagai pembersih darah.

    Okay tu cerita saya. Jom tengok lagi kelebihan Alfalfa.


    1.melegakan sakit sendi dan belakang
    2.menghilangkan kelesuan dan tekanan
    3.memberi kelegaan semasa haid.
    4.mengurang allergi dan ekzema (penawar resdung)
    5. mengurangkan asthma
    6. mencuci usus dan membuang toksik dalam badan dengan menyingkirkan toksik melalui pembaikan sistem pencernaan
    7. mencuci buah pinggang dan merawat urinary tract infection (kencing kotor)
    8. meneutralkan asid dalam badan.
    9. merawat keputihan dan masalah dalaman wanita
    10.membesar dan menegangkan payudara (sesuai untuk wanita)
    11. terkenal dengan gelaran kacip fatimah untuk wanita (membantu keintiman suami isteri)
    12.memulihkan urat kembang selepas bersalin
    13. membuang angin dalam badan
    14. melegakan sembelit denagn membantu masalah penghadaman (mengandungi kadar fibre (serat) yg tinggi)
    15. salah satu penggalak susu bagi ibu yg menyusukan bayi.
    16. meningkatkan stamina seorang lelaki






     
    Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya. Harga yang pasti lebih murah dan diskaun istimewa menanti pembaca blog ni.

    Aliza~SID 971689
    CALL/SMS/WHATSAPP 0145340945
    EMAIL : alizanor197@gmail.com
    COD and SELF-COLLECT at KOTA BHARU (KBMALL) AND BACHOK

    WELCOME BACK ALIZA (MYSELF) SHAKLEE DISTRIBUTOR

    Assalamualaikum semua...


    Dah lama tak bukak blog ni, setahun lebih mungkin. Dari zaman hingusan mula-mula kenal blogspot, anak dara di universiti dan sekarang kembali dengan status isteri :). Alhamdulillah Allah sampaikan saya kepada jodoh saya dengan cara yang paling tak disangka-sangka. 


    Tapi kali ni bukan untuk main-main ye. Sebab sekarang saya ada moto and visi yang besar iaitu SHAKLEE. Story saya dengan Shaklee start sebelum kahwin. Biasala persiapan nak kahwin  kena cover daripada dalaman dan luaran. Gelabah punyala masa tu siap down serabut fikir masalah diri tak sempurna. Sampai la jumpa dengan Shaklee and alhamdulillah dengan izinNya masalah saya bertambah okay :)


    Jujur, masalah saya ialah keputihan dan irregular menstual cycle. Skin pun perasan muda remaja pulak asyik naik jerawat. Risau, nak kahwin ni malu la segan la dengan bakal suami. So saya dicadangkan untuk ambik Alfalfa, GLA dan ESP. 


    Tapi masa tu student lagi ini je yang mampu beli dulu. Ni pun share dengan member. Lepas rasa okay dan yakin takde effect buruk lepas 2 minggu makan baru la pergi cari balik GLA. 


    Tapi mengada-ngada cakap nak lost some weight pulak before kahwin. So dicadangkan jugak ambik Lecithin (jujur not working on me untuk kurus sebab tengah bahagia sangat nak kahwin asyik makan je tapi effect dia pada lapisan lemak kat mata, dah berkurang banyak *tak terambil gambar sendiri untuk testi). 



    Lepas sebulan dah nampak hasilnya (keputihan kurang, jerawat dan parut jerawat pudar, period on time) saya terus teruja untuk jadi ahli dan nak promote lagi Shaklee ni kat ramai orang since saya sendiri pun sangat berpuas hati dengan hasilnya. Sekarang pun masih maintain guna Shaklee dan istiqamah untuk guna insya Allah sebab supplement ni bukan macam ubat. Kesannya akan kita rasa tanpa sedar dan dengan penggunaan berterusan.Good news sekarang my family semua suka Shaklee. Start dengan saya bagi gift kat my mom, mother-in-law then diaorang sendiri nak beli and siap tanya lagi apa lagi yang sesuai.  


    So, siapa berminat untuk cuba boleh call/whatsapp 0145340945 untuk mengetahui harga yang menarik dan istimewa daripada saya untuk pelanggan terawal daripada blog ni. 


    Set yang ada dan sangat laris dan jimat :
    1. Set untuk kurus #alfalfa #lecithin #omegaguard
    2. Set kecantikan #vitaC #bcomplex #vitaE (trial set available)
    3. Set kesuburan untuk suami isteri
    4. Set hamil trimester pertama kedua dan seterusnya (trial set available)
    5. Set berpantang (trial set available)
    6. Set menyusu bajet dan intensive
    7. Set asthma untuk kanak-kanak
    8. Set anak bijak
    9. *SET BERDASARKAN MASALAH DAN KEPERLUAN ANDA. 

    SAYA BERSEDIA MEMBANTU UNTUK MENCADANGKAN PRODUK YG SESUAI MENGIKUT KEPERLUAN DAN BAJET ANDA. SELEBIHNYA KITA BERSERAH DAN BERDOA KEPADA ALLAH :) TAWAKKALTUALALLAH


    Spot the difference.??
     Everyone said it was aura or seri pengantin since it was few days before my wed.but I just smile :)))

    Okay. Thats all. Thanks for reading.

    Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya. Harga yang pasti lebih murah dan diskaun istimewa menanti pembaca blog ni.

    Aliza~SID 971689
    CALL/SMS/WHATSAPP 0145340945
    EMAIL : alizanor197@gmail.com
    COD and SELF-COLLECT at KOTA BHARU (KBMALL), KUBANG KERIAN (HUSM) AND BACHOK