Saturday, September 24, 2011

Trust and loyalty, everything and nothing

KESETIAAN seorang isteri diuji apabila si suami itu tidak mempunyai APAPUN, dan KESETIAAN seorang suami pula diuji ketika dirinya memiliki SEGALANYA wallahualam

It's okay for you not to have everything we need now and later, bcoz we'll work for it. even better, together insya allah :)

Tuesday, September 20, 2011

Duet Tomok & One Night Only(ONO)

he's getting chubbier kan haha :D
Sejak bergelar suami, rezeki Tomok cukup murah. Selepas dilaporkan bakal berlakon dalam filem arahan Bernard Chauly ('Pisau Cukur') berjudul 'Istanbul Aku Datang' bersama Lisa Surihani, Tomok kini diberi peluang mengembangkan kerjaya nyanyiannya ke peringkat antarabangsa.

Melalui kempen Buka Semangat, satu initisiatif di antara TV3 dan Coca Cola, pemenang musim ketiga One In A Million ini akan berduet dengan band indie Inggeris, One Night Only (ONO). Malah mereka akan tampil dengan sebuah klip video.

"Saya sangat teruja dengan peluang yang diberi sebab saya tak pernah terbayang saya akan berduet dengan artis antarabangsa," luah Tomok yang terikat kontrak selama enam bulan bermula 1 September untuk kempen ini.

"Saya melangkah ke satu tahap lagi dalam karier saya. Saya akan bekerja lebih keras dan memberi 100% dari segi nyanyian. Saya tidak akan menghampakan peminat dan rakyat Malaysia.

"Saya berharap kisah saya akan menjadikan anak-anak muda lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran, supaya lebih maju di masa depan dalam apa jua bidang.  Saya akan menjadi inspirasi buat semua," janjinya semalam selepas sidang media Semangat Inspirasi.


Majlis tersebut turut dihadiri Rommel Fuentebella, ketua integrasi pemasaran komunikasi dan pengaktifan, Coca Cola Far East Limited, Malaysia/Singapura/Brunei dan Lam Swee Kim, ketua pengurus besar integrasi pemasaran Media Prima Berhad.

Menyentuh tentang keserasian di antara dirinya dan ONO, kata Tomok, "Jika dilihat dari genre muzik, koloborasi kami 100% sesuai, tiada masalah."

"Tak sabar sebenarnya nak bekerjasama dengan mereka, berkongsi pengalaman dan idea. Saya percaya koloborasi ini akan menjadikan saya lebih kreatif," tambahnya yang akan berangkat ke England pada 19 Oktober depan selepas menjalani penggambaran 'Istanbul Aku Datang' di ibu negara Turki.

Mengikut perancangan, Tomok akan merakam versi Bahasa Malaysia lagu "Can You Feel It Tonight" pada minggu depan. Ia dijangka mula diputarkan awal bulan depan. Versi Inggerinya sudah pun kedengaran di corong-corong radio.

Tomok juga akan menjalani penggambaran klip video untuk lagu nukilan Shah Shamshiri itu di Kuala Lumpur (KL). Di England nanti, kerja rakaman dan syuting klip video disambung, kali ini merakamkan nyanyian Tomok bersama ONO.

Selama empat harinya di sana, Tomok dijadualkan membuat lintas langsung ke program 'Quickie' di 8TV dan mengadakan satu sesi 'live chat'.


Kemuncak kempen merupakan konsert besar-besaran yang bakal diadakan pada Disember ini, di empat lokasi secara serentak iaitu KL, Pulau Pinang, Sabah dan Johor. Konsert di KL akan menampilkan Tomok bersama ONO.

Untuk maklumat lanjut, layari www.coke.com.my dan tonton.com.my/semangatinspirasi.

Thursday, September 15, 2011

Selera Cik Siti

Assalamualaikum.

Ini first time aku dapat green light mem besar a.k.a mak aku berbuka dekat luar dengan member sekolah rendah. aku bukan main nak tanya ke tak nak, nak bagi alasan apa entah karang mak tak kasi. sekali tanya mak terus jawab, pergilah. bila lagi. horrayyyy. 

aku siap explain lagi, mak tak payah risau kami dah booking siap masjid nak solat maghrib dan terawikh terus. lepas tu, kalau mak tak kesah, boleh tak lepas terawih nak makan colek pulak. hahaha kan budak-budak memang, dah bagi betis nak paha. sekali lagi mak kata, okay. jangan lambat sangat balik. bawak kunci terus. 


makkkk.....ala, kenapa nampak sangat mak dah tak sayang anak mak ni. ke sebab aku memang dah tak patut di risaukan. yela, aku dah 21 tahun and aku memang takde rekod tak bersih keluar date ke keluar tah pergi mane ke sebelum ni. sebab tula aku dapat 100% kepercayaan mak. kan kan best jadi anak kesayangan yang baik ni. tak macam adik laki aku tuu, siap pergi sekolah pun aku dengan mak ikut dari belakang takut tak sampai sekolah pergi tempat lain haha aku la tu ajak mak buat kerja gila tu. 

chicken chop and 3-layer-tea aku punya. chicken chop same je macam cik siti punya kedai lame, adds on garlic bread je *beza singget. so far not bad. licin jugak aku makan except for fries, tak suka sangat.
Sirlion steak. okay, better. I prefer this next time.
this is seriously killer here. jumbo orange juice for rm6.00. worth buying sebab best tapi  2jam tak habis kalau sorang minum. that is my friends punye, share 2 orang. ala ala romantic gitu minum 1glass 2straw.
makan colek ni i think only ada dekat Kelantan where people will go eating colek with telekung and solat attire after terawikh. owh everywhere full house, so we decided go back to Selera Cik Siti which is famous for their colek kerang, colek ayam and colek seafood. i choose not-so-famous, colek buah sebab tak kena tunggu and queue panjang.
we're walking together and noticed, everyone was staring. hello, what's wrong if we have same  passion which is we love  wearing baju kurung cotton bunga kecik-kecik and unfortunately wearing the same colour haha quite embarassed actually but we walked like we planned and happy for that. even so, we looked exactly like pekerja pejabat keluar office pergi curi tulang, malu bebb  :D
Girls are just the same. we love mirror, not the toliet okay haha
paling kecik duduk depan.
then, a week lepas tu aku pergi lagi try menu lain pulak. not bad I think. next time story okay. tata

Wednesday, September 7, 2011

Rare spesies


Today the world’s population is 6,960,467,344… and out of everyone, I pick you dear <3

Monday, September 5, 2011

Awkward

it's real awkward when u'd been call each other 'aku kau' for such a long time but in the end, u had to let go of them and start anew with 'awak saya'