Thursday, January 27, 2011

We planned but it's His decision

27 Jan 2011

minggu lepas, genap 100 hari ayah kembali menemui Allah, ke penempatan abadi. rase baru lagi jawab mak call tengah malam tu cakap ayah sesak nafas masa naik tangga lepas dinner. dekat India masa tu around 10 p.m, mak dapat call dari kawan ayah dalam 12.20 dan mak call aku dalam 12.30 lepas dah call kakna, abang-abang aku. lepas habis cakap tu aku speechless, amik bantal tutup muka dan terbayang muka ayah. ya allah, aku ingat lagi ape yang aku rase mase tu dan aku memang takkan lupa perasaan tu. Tuhan je yg tahu macammana aku menyesal tak balik malam tu, pagi sebelum ayah bertolak ke KL tu. berapa banyak dosa-dosa aku kat ayah, belum sempat aku minta ampun maaf ayah dah dijemput pulang. ampunkan aku ayah, yang tak pernah hargai kehadiran ayah masa ayah ada sampaikan Allah ambil ayah dari kami semua secepat ni.

cerita mak, balik dari masjid pagi tu ayah cepat-cepat tukar baju dan turun kat laman. cangkul rumput, ratakan tanah, gembur tanah dekat pokok-pokok yang ayah tanam keliling rumah dan tanam pokok baru lagi. semangat ayah nak siapkan semua tu. kata ayah, bila ayah balek nanti mesti pokok-pokok ni dah naik tinggi. lepas tu ayah bersiap. nanti kawan ayah datang jemput sebab ayah kena setelkan hal visa dulu kat sana, bukan terus bertolak ke India. seminggu ayah di markas kat Petaling Jaya. Ayah tak bawak handphone, ayah memang macam tu. bukan suka guna handphone. mungkin ayah risau tengah-tengah solat nanti ada orang call dan ganggu jemaah lain. mak dah ambil number kawan-kawan ayah siap-siap dan tuliskan jugak number mak kat barang-barang ayah bawak. senang, kalau ada apa-apa, orang jumpe boleh call mak.

pandai mak buat camtu kan? sebab malam tu kawan-kawan ayah yang selalu contact dengan mak belum sampai di India lagi. nasib ada number mak dekat barang ayah, terus orang yang jaga jemaah dari Malaysia tu call mak. kalau tak, bayangkan entah bila baru kami baru tahu berita ni. bila mak cakap, mak decided tak bawak balik ayah dan kebumikan kat sana, aku paling awal menentang. aku paling marah aku paling protes. 2 minggu aku tak jumpa ayah sebab weekend sebelum tu mak je datang ambik aku dan bawak keluar KBmall. masa tu ayah kena gout, tak boleh drive. kejamnya aku bila aku degil dan pentingkan hal lain masa tu dan tak balik jugak tengok ayah. bila mak cakap ayah dah okay, dah boleh pergi masjid balik dan confirm boleh proceed dengan plan ke India, aku lega.

ya allah, aku marah sangat sebab aku nak tengok ayah sekali je lagi. aku nak tengok macam mana ayah terbaring kaku tak gerak dan nak ingat perasaan tu sampai bila-bila tapi mak tetap dengan keputusan mak. kawan-kawan tabligh ayah sampai malam tu dalam pukul 2 @ 3 pagi, betapa mereka dengan yakin kata ayah sangat bertuah sebab dipilih oleh ALLAH untuk menghembuskan nafas terakhir di tempat yang semua nak sangat pergi dan nakkan dijemput Allah kat tempat tu. kata diaorang, jangan menangis dengan pilihan Allah dan redhakan tanah kubur ayah di sana sebab di mana-mana pun tanah kubur Allah Maha Mendengar doa hambaNya. masya allah, tanpa tanyakan keputusan ramai, semuanya sudah selesai. ayah akan dikebumikan di sana dan semua hal-hal yang sepatutnya sudah diuruskan oleh wakil di kedutaan. kata mak untuk tenangkan aku, ayah selalu pesan, kalau dia keluar dakwah ke mana-mana dan ajalnya di tempat tu, biarlah tanah kubur ayah di tempat tu. sekali lagi memberontak dan kata mak, mak taknak jasad ayah siksa kalau dibawak pulang ke Malaysia. aku kalah bila fikir kesakitan yang akan jasad ayah rasa kalau lambatkan proses pengkebumian.

aku ingat lagi, orang first aku sms ialah 'dia'. walaupun tahu mesti dia dah tidur. teringat ayah pernah tahu pasal 'dia' daripada abang. pernah ayah usik-usik masa aku nak keluar hari raya hari tu, keluar jumpe 'dia' la tu. aku gelakkan je. sebab tu bila aku dengan dia dah tak sehaluan, aku ada 'bagitaw' ayah dalam sujud dan doa aku supaya ayah tak risaukan anak ayah yang kena dump ni sebab ayah kena yakin, anak  ayah ni sekuat ayah. alhamdulilah, niat aku nak hadiahkan ayah bacaan alquran kat ayah tercapai bila aku dapat khatam Quran pagi Jumaat tu, hari ke 100 ayah pergi. kebetulan masa tu aku tengah mood tak boleh berhenti nanges, khatam dalam air mata rindukan ayah dan sedih sebab 'dia'.

balik cerita ayah. aku tulis balik ni sebab aku takut aku lupa nanti. bila-bila aku nak baca balik boleh bukak blog. seminggu tu rumah tak pernah takde tamu. ramai betul kawan-kawan ayah dari merata-rata tempat datang dan sepanjang tu, aku tahu mak penat sangat kena cerita balik benda sama banyak kali. ya allah, tabahnya hati seorang isteri solehah yang redha dengan takdir Ilahi dan tidak pernah meratap dengan ujian Allah bila mak tak menangis seperti kami anak-anak yang punya keimanan senipis bawang walaupun kami tahu, mak menangis dalam solat dan sujud panjang mak.

ayah, mak dah banyak sangat berubah skarang bila mak tak pernah lupa berjemaah di masjid lima waktu solat bila hari cuti dan kalau kerja, maghrib isyak mak tetap akan pergi walaupun penat balik kerja pukul 5 lebih. mak selalu ikut mastura dengan isteri-isteri kawan ayah. mungkin dengan cara tu mak dapat hilangkan sunyi dan ruang kosong yang ayah tinggalkan. mak sunyi aku tahu bila hanya tinggal mak dengan adik je kat rumah ni skarang. bila hujung minggu anak-anak balik baru meriah sikit rumah ni. pernah sekali aku balik, mak cerita ada satu malam mak tidur kunci pintu bilik dan bukak lampu sebab dekat kampung aku ada kes kecurian. aku menangis sebab aku ingat lagi masa ayah ada, ayah akan cakap, ayah kan ada.

minggu ni, aku bukak gerai jual barang-barang untuk penajaan program course aku kat jalan hospital. aku balik menangis sebab ada sorang pakcik datang tukar barang yang dia beli dengan kawan aku awal pagi. katanya hadiah untuk anak perempuan dia. ya allah, aku rindukan kasih sayang seorang ayah. teringat masa kecik dulu ayah selalu belikan aku koleksi buku bedtime story yang kecik-kecik tu sebab nak suruh aku cepat belajar English. aku flashback apa yang aku pernah hadiahkan ayah selama ni. sekali masa pergi Pinang hari tu aku ada belikan ayah buku Fadilat Solat je. ya allah, aku lah anak yang tak kenang budi ayah.

minggu sebelum tu, bukan sekali malah selalu aku sebak dan balik menangis kat bilik bila aku jalan pergi dan balik kelas aku lalu dekat hospital aku tengok pakcik-pakcik yang sakit macam-macam jenis sakit yang masih lagi Allah bagi peluang bernafas di dunia sementara ni. kadang aku menangis bila tengok anak-anak jaga ayah diaorang yang sakit, bukan aku mintak ayah sakit tapi aku teringin berbakti kat ayah. ayah pernah jaga aku masa aku warded patah tangan dulu tapi aku takde peluang balas jasa ayah. selalu aku menangis tengok anak-anak yang hantar ayah diaorang pergi hospital sedangkan aku tak pernah berpeluang bawak ayah ke hospital di sebelah aku sedangkan tiap-tiap minggu aku balik rumah ayah datang ambik. malah sepanjang hayatnya, aku tak pernah drivekan ayah ke mana-mana. ayah ingat aku ni anak ayah yang kecik kecik dulu lagi bila ayah selalu risaukan aku yang suka drive laju-laju.

dalam hati aku terdetik, Tuhan mungkin lebih sayangkan ayah bila Tuhan tak pernah uji ayah dengan sakit yang teruk-teruk walaupun ayah memang ada darah tinggi dan baru nak ada sakit jantung bila Tuhan terus ambil ayah dengan cara yang sangat tenang dan di tempat paling mulia, di rumah Allah sendiri. masya allah ya Rahman Ya Rahim. aku tak pernah risaukan ayah selama ni sebab aku tahu, ayah seorang yang sangat sihat semasa hayatnya. ayah selalu marah bila aku kejap-kejap kena selesema dan bila kena gigit nyamuk, selalu kulit merah-merah sampai gatal-gatal susah nak baik. kata ayah, kalau sayur tak nak makan macam mana nak sehat macam ayah.

aku mungkin kadang-kadang lupa yang aku dah hilang seorang yang jaga aku sejak aku lahir bila aku selalu lupa menyebut 'arwah' di depan ayah bila sebut nama ayah dalam doa aku. kadang aku pun selalu lupa yang aku ni anak yatim bila aku tengok anak yatim lain dan sangat sedih malah lebih sedih bila fikir balik aku pun seperti diaorang. pernah tok ayah aku, ayah kepada ayah aku cakap takde sape yang lebih sayangkan ayah selain dia sebab dia yang jaga ayah sejak ayah aku sekecik tapak tangan. aku pulak jawab, aku ni yang bukak mata terus nampak ayah dan suara ayah yang azankan aku suara first aku dengar, sebesar mana sayang aku kepada arwah tak pernah boleh dibandingkan.

selalu aku niat nak jadi anak yang solehah supaya aku dapat doakan ayah dan mak masuk syurga. selalu aku ingatkan diri supaya aku manfaatkan ilmu-ilmu daripada ta'lim yang ayah bacakan dan selalu aku doakan orang-orang yang pernah dengar bayan subuh ayah manfaatkan ilmu yang ayah ajarkan supaya ayah mendapat ganjaran ilmu yang dimanfaatkan di sana. selalu aku bersedekah dengan nama ayah walaupun pahalanya belum tentu sampai kat ayah kata ustaz yang mengajar kat masjid. selalu aku doakan supaya Allah segera satukan kami sekeluarga di syurga kelak sebab tak berpeluang lagi bersatu di dunia. selalu aku ceritakan kat ayah dalam doa aku supaya ayah dapat lihat keluarga kita yang dah hampir lengkap dan bahagia supaya ayah tak perlu risaukan kami dari sana.

ayah dah bekalkan kami dengan bekalan akhirat yang cukup untuk kami manfaatkan. tinggal lagi kami yang kadang terleka dengan keduniaan. ayah dah pagarkan rumah kita dengan pagar yang cukup teguh dengan ta'lim yang ayah bacakan tiap-tiap malam sebelum ni. ayah dah tinggalkan kami dengan kenangan-kenangan ayah yang tak pernah gagal buatkan kami ketawa bila teringatkan ayah. ayah dah teduhi rumah kita dengan pokok-pokok tanaman ayah yang sedang subur membesar. paling penting ayah dah sinari rumah kita dengan cahaya dari masjid yang selalu ayah kunjungi dan rumah kedua ayah.

lepas hari ni, aku patut redhakan hati aku dengan pemergian ayah dan tidak lagi meratap dengan dugaan Allah yang datang dan akan mendatang. sebab lepas hari ini, ayah memang takkan pulang lagi. walau seberapa banyak aku minta daripada Tuhan, sekalipun Allah Maha Pemalu untuk tidak menghampakan doa hambaNya tapi tetap doa aku yang satu ni tak mungkin tertunai. flight ayah dari Bangladesh sepatutnya hari ni dan ayah sepatutnya pulang hari ni selepas keluar 4 bulan tapi semua tu mustahil. kawan-kawan ayah mungkin balik hari ni tapi tanpa ayah.

ya Allah, mimpi-mimpi ayah pulang sering ganggu tidur aku terutama bila aku di rumah. kadang rasa ayah ada di mana-mana kat rumah ni. kadang rasa ayah masih 'hidup' dalam rumah ni. kadang terdengar bacaan alquran yang selalu ayah pasang dan suara ayah mengaji. ya allah, tabahkan aku dengan perpisahan sementara ini seperti Kau anugerahkan ketabahan dan kesabaran kepada bondaku. anugerahkan aku kemanisan iman dan ketaqwaan seperti mana Kau anugerahkan kepada kedua ibu bapaku. ya Allah, Kau tempatkan ayah diiring dari kubur dalam barisan ke-12 menuju pengadilanMu dan alam yang kekal.

ya allah, beri aku kesempatan menziarahi pusara ayahandaku menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak supaya aku boleh tenang meneruskan tugas sebagai khalifah memikul amanahMu di persinggahan sementara ini. ayah selalu cakap, ayah lebih suka kalau nak ziarah kubur bukan masa hari raya je sebab hari raya sepatutnya hari bergembira dan hari kemenangan. mungkin ayah taknak kami sedih teringatkan ayah kalau pergi melawat ayah masa hari raya sebab tu pusara ayah jauh di bumi Nizamuddin. subhanallah

ya Allah, tempatkan ayahandaku Abdullah bin Mat Nor dalam syurga JannahMu (doa ayah sebelum doa bukak puasa). tempatkan ayah dalam kalangan orang yang beriman dan syahid di jalanMu. gantikan ayah rumah, keluarga dan anak-anak yang lebih baik daripada yang ayah miliki di dunia ini. percepatkan penyatuan kami sekeluarga bersama ayahandaku di syurgaMu. amin






Monday, January 24, 2011

I dont miss him, I miss who I thought he was



You were the one that could always make me smile
You were the one that could always make me laugh

You were the one who could always tell when i was mad or sad
You were the one who always knew wat i was thinking just by looking in my lies
You were the one i always trusted
You were the one that always cheered the loudest for me when i had a track meet 

but.....


You were the one that let me down
You were the one i never thought would do that
You were the one who broke me heart










Be happy for me

ya rabb, bless him with the best person he is wishing for. I'm dying to see him happy. nothing goes wrong when all I could see is you are happy 

Friday, January 21, 2011

Wish yesterday was a nightmare

subhanallah aku mencintainya. 
Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku






Cry cry cry then will smile again

will cry a river. will build a bridge. will get over it. I WILL.!

I'M LEARNING TO LET YOU GO....









Friday, January 14, 2011

Silence

"where have you been mr.bean.?"

You know, you will forget things I'll never forget. it'd been a while since 2010. Too bad, finally realize that I am not just giving you the right to love me but the power to hurt me as well.

Bff, 
           every girls needs a bestfriend to help her laugh when all she could think is crying and crying. Too bad, she's me sayang....







Wednesday, January 12, 2011

Saya Pelajar USM

Teringin nak memeriahkan segmen BPM kali ni. kalau bukan aku pelajar ipta yang rajin nak join, sape lagi kannnn wuwuwu macam aku sorang je pelajar IPTA. gelakkan keperasanan diri sendiri. tapi aku interested dengan salah satu objektif segmen ni seperti encik azman roslan kata, nak kasi peluang dekat pelajar-pelajar yang sama u macam aku ni kenal-kenal dengan kawan-kawan u sendiri kahkah macam tetau je aku ni sangat lah tidak tidak suka meng-expose-kan diri kat USM ni walaupun dengan kapasiti student USM Kelantan ni yang ade 3 school je aku memang boleh kenal semua orang.

Mane la taw an, lepas ni aku pergi cafe Nurani tu ada sorang mamat terlanggar aku dan bila angkat muka  nak cakap sorry terkejut badak tengok aku, "oh awak eh si blogger jaja yang comel di blog tapi debab di luar" kehkeh okay, sape-sape lagi nak senaseb dengan aku sila lah melawat sini. moga-moga silaturrahim antara korang terjalin dengan lebih erat lagi. ayat pelajar universiti APEX kahkah poyo nye kite. maaf kepada siapa yang nak muntah terutama pelajar USM sendiri.

aku dah jadi pelajar USM di bumi Kelantan ni selama setahun setengah. ni dah tahun kedua a.k.a sem ke-4. lagi 2 tahun setengah insya allah akan graduate first class degree dan mendapat scroll bertinta emas (tak pernah grad, rekaan aku) dalam Bachelor of Health Science (Audiology). tahun 2013, bulan Oktober, tarikh tak tahu lagi. eh eh ini bukan perasan tapi angan-angan. bukan jugak, tapi ni lah cita-cita aku mula-mula jejak kaki dalam lecture hall anatomy mase first year aritu agak-agak dalam bulan Jun 2009. 

CONVEX 42 kat main campus, USM Pinang Ogos 2010.
perlu tekun dan sabar mencari-gali supaya tidak terlekat ear-shit kahkah

aku pernah buat story pasal aku join pameran kesihatan ni. check it out babes
CONVEX 42 

overall, macam tu lah keja aku nanti. jumpa patient yang report ada masalah telinga atau pendengaran atau kena pelempang kat sape-sape sampai pecah telinga. nak tahu lagi pasal course aku yang tak berapa orang tahu ni, korang google lah macam name degree aku cakap kat atas. siryes aku cakap, menarik dan sangat susah wooo.  takdelah, susah kalau malas belajar. even belajar medic pun kalau rajin, akan jadi senang. takde hal gifted ke hape magic ke hape. prinsip aku, usaha usaha dan doa. tuhan akan bagi macam kita nak kalau kita buat apa yang Tuhan suruh. Karma, WHAT YOU GIVE YOU'LL GET BACK. sape malas kena repeat paper hahaha nauzubillah.

okay till then. daa~ babes, jom join....aku excited ni nak pergi meeting and ajak geng-geng blogger kat usm ni join same. 


Tuesday, January 11, 2011

Right things?

kadang rase okay, fine. redha dan tawakkal. kadang rasa, tak boleh. silap sekali jangan silap kali kedua.

okay, get ready nak pergi ko q. eh ko k. seharian takde kelas hari ni dah macam public holiday jugak macam orang kat johor nun. berjaya qadak tidur 2 malam yang terganggu kerana FESKI. penat handle protokol sampai rasa macam aku sanggup ambik penajaan untuk event ape-ape pun lepas ni asal jangan protokol lagi hoho

right things? apekebende? hehe aku diganggu. dalam 2 minggu aku teruk kena, sampai tak boleh tidur malam. kena dodoi diri sendiri dengar lagu untuk tidak diganggu. aduhhh lama lagi ke gangguan ni? aku kuat, memang semua pun tahu tu tapi lama-lama pengsan la. aku perempuan la, kuat macam mana pun aku boleh jatuh pengsan. pengsan okay lagi, kalau aku jatuh terus tak boleh bangun-bangun sebab gangguan ni.? 


Sunday, January 2, 2011

Tumblr



first thing first


everything is better when you know how to laugh

sape setuju angkat tangan.? hehe btw, kite suka semua quotes yang best kat tumblr especially pasal broken heart wuwuwu. baru tahu nak reblogged yang berkenan. sebelum ni save dalam collection sniri je. tapi nak share di sini jugak untuk kawan-kawan.

anyone?huhu






ketua pasukan baju pepel ialah si baju biruu..wuwuuuu zakiah.!
eh eh ini bukan dari tumblr. ni dari fb member, kite sniri pon tak penah tengok lagi gambar ni. 
this is my colleague mase sekolah dulu. mak aihhh besar nye jerawat kat pipi tuuuu.....malu wuwuwu muke macam tak matured langsung. sape taw mane satu kite.? hahaha

babes,
lame tak jumpe bukan tak rindu,
lame tak contact bukan tak ingat,
yg penting dlm hati memori kite ade,
jauh di mata, dlm hati teringat jugak 
"zack, anom, syat, yaya, jaja"